Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden muncul dalam rakaman didakwa video terbarunya yang memuji umat Islam yang sanggup mengorbankan diri sebagai pejuang syahid. Klip kurang daripada seminit serta tidak bertarikh yang disiarkan halaman web penerbitan media al-Qaeda, adalah sebahagian daripada rakaman video selama 40 minit memaparkan pejuang al-Qaeda di Afghanistan memperingati rakan militan mereka yang terbunuh di negara itu. Osama memuji mereka yang maut kerana Jihad atau perang suci sambil menyifatkan Nabi Muhammad berharap mereka menjadi syahid. “Orang yang bahagia adalah mereka yang dipilih Tuhan untuk menjadi syahid,” kata Osama yang menunjukkan beliau berada di luar sambil berpakaian ala tentera.