Kari perkuat daya ingatan

Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat mendakwa kunyit yang juga kandungan utama juadah kari, berkemungkinan merangsang sistem sel daya tahan badan yang boleh mengatasi masalah Alzheimer - sejenis penyakit otak membabitkan daya ingatan lemah. Penyelidik Universiti California, Los Angeles berkata bahan dalam kunyit itu terbukti memberi rangsangan tertentu terhadap protein yang menyebabkan bahagian tertentu otak tersumbat sehingga menjejaskan daya ingatan. “Bahan itu berkemungkinan boleh diperluaskan bagi menghasilkan ubat merawat penyakit otak yang tidak boleh dipulihkan itu setakat ini,” kata Dr Milan Fiala, yang mengetuai kajian itu dalam penulisan yang disiarkan edisi terbaru laporan Akademi Sains Kebangsaan.