Percutian yang penuh bermakna...

dua bulan bersama dikamar HUKM n HOSHAS... 11 Ogos - 10 Oktober
pemergian selamanya... tidak dipinta n tak mampu dihalang...
ya Allah cucurilah rahmat ke atas ayahanda...
7 malam kenduri berturut2...
Diagnosis - HEPATOMA
               - COMPLICATED WITH CBD STRICTURE
               - INFECTED BILOMA
               - RIGHT PLEURAL EFFUSION

15 Oktober
"Salman" sepupu koi, selamat diijab qabul...
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

18 Oktober
"Daud" telah berjaya masuk KUIS dalam keadaan lemah longlai.
puas nganto die, orang lain tak dapat ikut. mak n syamimi demam. orang lain sibuk keje.
"mampossss" tu je yang terlafaz... "matiiii la koi"... hahaha
p/s aok jgn lafaz dh ke org sebilik...
ngelewo koi bwk kete masa balik, puas nk smpi ke tol temerloh, nk singgah tol lanchang takut hantu bnyk kwsn tu, tetido koi di tol temerloh, pagi2 koi mecut balik,subuh smpi ke umh...


28 Oktober
"Suhanim" adik k.su, nak jgk kawen... hu3
sori makcik kuning koi reject sbb x daftar sbg ahli...

12 November
"Abg long" telah berjaya kawen...
lama dah ngelinsing dpt jgk akhirnye...
hampir2 koi kawen sekali tp apa kan daya... mungkin tahun depan...

lubuk ujek cari batu nesan...

Tempat kerja baru

11 Ogos - 22 September

23 September - 10/10/10

HUKM is better~!!!

besnye balik...


selamat sampai 25 Jul 2010 - 10 malam


berehat sambil makan ketika perjalanan pulang ke kampung


besnye memandu proton exora...


besnye makan sambil jalan2 di bandar kuantan


besnye makan nasik di kuantan... 


besnye jln2 di pantai batu hitam... 


 di mega mall pc fair kuantan...


singgah di kedai encik mydin...

Kuang3

Mengapa lagu ni ada sekali... ha kantoi dah... ngeh3

Hari lahir saya

Rumah tempat saya dilahirkan. tapi sekarang dah berubah wajah.

kek batu
Resepi k.susu yang bagi. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
dia kata lagu ni hadiah pertama


Found at: - FilesTube


bersambung nanti...

The Blogger Template Designer [mudah][menarik][cepat]

 

Jangan tengok kalau internet slow motion. Sekadar video promosi. Baca terus pun boleh faham.

Kini blogger.com menyediakan cara baru bagi para pengguna untuk menukar paparan blog dengan lebih mudah dan amat menarik. Ini adalah usaha bagi membantu para pengguna menukar template yang menarik dengan mudah berbanding template yang disediakan kurang mendapat sambutan. Pelbagai syarikat dan individu sebelum ini berusaha menyediakan template yang pelbagai untuk digunakan samaada secara berbayar mahupun percuma.

Pendek bicara sedikit penerangan tentang ini.

Jemputan


Firman Allah S.W.T

وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
 
Tafsir Ibnu Kathir

Ayat ini mengandungi beberapa hukum-hakam yang 'muhkamah' dan suruhan-suruhan 'mubramah'. Firman Allah Taala : "Dan kahwinkanlah ......." hingga akhirnya merupakan satu perintah supaya mengahwinkan. Sebahagian ulama berpendapat, wajib kahwin bagi setiap yang mampu. Mereka berdalilkan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Wahai sekalian pemuda, barangsiapa daripada kalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya ia (perkahwinan) boleh menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia  berpuasa kerana ia (puasa itu) menjadi penawar baginya. - dikeluarkan dalam sahihain daripada hadith ibnu Masood. Terdapat dalam Sunan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : "Kahwinilah (perempuan) beranak banyak, sesungguhnya aku berbangga mempunyai umat yang ramai di hari Qiamat.

Amalan mandi untuk kesihatan

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah... Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.