Pelbagai pihak gesa haramkan 'Evan Almighty'

Banyak pihak menggesa kerajaan agar mengharamkan dan menyekat kemasukan filem Evan Almighty kerana didakwa mengandungi babak menghina dan menyentuh sensitiviti umat Islam apabila mempersendakan Tuhan dan Nabi Nuh.

ImageSedutan daripada filem yang menelan kos kira-kira RM604 juta (US$175 juta) itu yang kini dipertontonkan di pawagam-pawagam, memaparkan pelakon Morgan Freeman sebagai God (Tuhan) telah mengarahkan pelakon Steve Carell (memegang watak Evan Baxter) untuk membina sebuah bahtera bagi menghindar banjir besar yang akan melanda New York.

"Saya juga merasakan mereka memang tidak menayangkan filem tersebut untuk tontonan orang Islam sebab kita sangat strict tentang ini dan pada saya, masyarakat sudah cukup matang untuk menilai mesej yang ingin disampaikan," tambahnya.

ImageSabtu lalu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato' Dr Ma’mur Osman meminta kerajaan mengharamkan Evan Almighty kerana didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam. Filem ini berdasarkan kisah Nabi Noh dan dibuat dalam bentuk komedi iaitu persiapan menghadapi banjir di New York.

“Kita bimbang ia akan mempengaruhi minda anak kita kerana filem itu jelas merujuk kepada kisah banjir besar pada zaman Nabi Nuh yang kemudian telah dimanipulasikan sehingga menjadi satu bentuk komedi yang menghina Islam.