Australia akan tetap mengusir seorang doktor India, Mohamed Haneef yang disyaki terbabit dalam cubaan serangan di London, biarpun terbukti dia tidak bersalah dalam perbicaraannya.
Menteri Imigresen Kevin Andrews berkata, visa Haneef, 27, yang bertugas di sebuah hospital kerajaan di Queensland, sudah dibatalkan dan dia akan terus ditahan sehinggalah perbicaraannya kelak.
“Namun apa juga yang berlaku dalam perbicaraan itu, dia akan tetap diusir. Pihak Polis Persekutuan akan mengeluarkan apa yang dikenali sijil penghakiman jenayah,” katanya sambil menegaskan Haneef akan terus berada di Australia sehinggalah semua prosedur undang-undang membabitkannya, selesai.
“Selepas itu, kecuali ada maklumat terbaru atau perubahan akibat keputusan mahkamah, Haneef akan tetap diusir.”