Menteri Luar Israel, Tsippi Levni mengumumkan telah melancarkan satu laman web internet baru dalam bahasa Parsi dalam usaha apa yang dinamakan oleh kementerian itu untuk mrngubah pemikiran rakyat Iran terhadap Israel.
Levni berkata dalam satu sidang media, “itu terpulang kepada kita untuk masuk ke landasan tersebut dengan cara yang berkesan supaya dapat memberi mesej kami, bukan dengan cara lama iaitu bercakap dan bukan juga mesej propaganda. Kami cuba memberikan fakta seperti asal kepada seberapa ramai orang yang mungkin. Laman web di internet ini penting dan berkesan pada peringkat ini”.
Kementerian Luar Israel berkata, laman web barunya itu di dalam Bahasa Parsi bertujuan untuk memberikan maklumat yang betul mengenai Negara Yahudi kepada rakyat Iran”.
Dalam pada itu, jurucakap kementerian terbabit, Amirah Aron menuduh dasar Iran memberikan maklumat yang salah kepada rakyatnya mengenai Israel yang mana ia berdasarkan kepada perasaan benci dan iri hati.
Iran dikatakan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Israel sejak berlakunya revolusi Islam tahun 1979. Republik Islam itu tidak mengiktiraf negara Yahudi tersebut, bahkan hanya menggelarkannya sebagai rejim zionis.
Israel telah memberi amaran pada tahun 2003 lalu bahawa ia bersedia untuk melancarkan operasi ketenteraan secara berseorangan terhadap Iran, sekiranya masyarakat antarabangsa gagal memaksa Tehran menarik balik program nuklearnya.