Isu nama patung: sentimen anti-Barat meningkat di Sudan

KHARTOUM 1 Dis. – Ribuan rakyat Sudan bersenjatakan belantan dan pedang sambil bergendang, membakar gambar seorang guru warga Britain yang didakwa menghina Islam kerana membenarkan pelajarnya menamakan anak patung beruang dengan nama Muhammad.

Kekecohan itu berlaku ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh Sudan sebagai berlengah-lengah dalam menerima penghantaran pasukan pengaman di wilayah Darfur yang bergolak.

“Bunuh dia! Bunuh dia dengan skuad menembak!,” adalah antara kata-kata yang dilaung oleh penunjuk perasaan.

Guru berusia 54 tahun yang berkhidmat di sekolah persendirian ala Britain, Sekolah Tinggi Unity itu dijatuhkan hukuman penjara 15 hari dan terlepas daripada dikenakan hukuman 40 sebatan, enam bulan penjara dan denda.

Bagaimanapun, tunjuk perasaan yang berlaku ini adalah kecil berbanding demonstrasi pada Februari tahun lalu apabila sebuah akhbar Eropah menyiarkan karikatur Nabi Muhammad S.A.W.

Ketakutan ulama tidak bertempat - Dr Siddiq Fadhil

Ulama dan umarak adalah dua golongan utama yang menentukan maju mundurnya umat ini dalam mana-mana zaman-zaman sekali pun. Demikian seperti yang tersebut dalam sepotong hadis oleh Baginda Rasulullah s.a.w.
Ulama dan umarak adalah kelompok yang mengasuh kemanusiaan. Manakala Maulana Iqbal pula bermadah melalui syairnya, "Bangsa itu lahir melalui tangan para penyair, jatuh bangun mereka itu berpunca daripada tangan politikus."
Penyair, menurut Iqbal, merupakan golongan yang sejalur makna dengan pengertian ulama-ilmuan dan melalui tangan mereka inilah nilai ketamadunan sesuatu bangsa itu diangkat. Dan, kelahiran bangsa Arab umpamanya ditandai dengan kehadiran syair-syair Jahiliyah yang telah dipatahkan melalui al-Quran yang ditanzilkan dengan ungkapan gaya bahasa syair yang indah.
Ucapan-ucapan indah itulah yang menggerakkan serta merangsang pertumbuhan akliah anak bangsa untuk melakukan perubahan dan kemajuan. Tetapi, bangsa itu maju dan jatuh melalui kuasa-kuasa ahli politik. Politikus yang baik akan memajukan bangsa, demikianlah sebaliknya.
"Maka, ulama dan umarak perlu bersatu demi membangunkan umat. Mereka harus positif dan optimis dalam mendepani perubahan demi meningkatkan kekuatan umat masa depan.
"Tiada masalah yang tak dapat ditangani asalkan semangat jihad disuburkan. Sikap pertama yang harus ada ialah melihat masalah sebagai peluang dan cabaran, bukan penghalang," kata Pengerusi Persidangan Kebangsaan Pertubuhan Islam Malaysia (Skima) Mohd Azmi Abdul Hamid ketika menutup acara persidangan pertubuhan Islam di Kota Bharu 28 Oktober lalu.
Antara masalah pertubuhan Islam kini menurutnya, adalah tiada kemahiran berorganisasi dan sesetengah aktivis dakwah yang enggan berjuang di dalam wadah ulama kerana kepentingan tersendiri sehingga mengabaikan usaha membasmi kejahilan umat.
"Ulama pun jadi berpecah, umat sengsara dan keadaan bertambah parah," kata beliau lagi.
Persidangan anjuran Kerajaan Kelantan dan Skima itu disertai sekitar 500 orang perwakilan daripada 78 NGO Muslim yang membentangkan kira-kira 10 kertas kerja, dan meluluskan 13 resolusi hasil perbincangan bersama yang dikenali sebagai 'Deklarasi Serambi Makkah'.
"Usaha aktivis bukan terletak kepada laungan, menghasilkan resolusi tanpa tindakan. Mereka harus beranjak ke arah paradigma yang menekankan strategi secara rapi, pelaksanaan secara konsisten, berani mendepani seteru Islam dengan membina barisan pejuang.
"Para aktivis Islam, ulama dan umarak perlu bekerjasama dalam bidang yang boleh disepakati dan mengelakkan perselisihan yang merugikan umat," ujar Mohd Azmi.
Oleh itu, tambah beliau, para aktivis Muslim perlulah melengkapkan diri dengan kemahiran, ilmu dan kepimpinan di samping berusaha memahami masalah terkini umat Islam.
Sebaliknya, menurut beliau keadaan umat Islam masa kini tidak menampakkan kesatuan yang kukuh dan kekuatan rohani yang disokong kekuatan intelektual.
Mengulamakan umarak dan mengumarakkan ulama
Tetapi, melihat situasi umat yang parah ini, apakah harapan untuk melahirkan ulama bersifat umarak dan umarak yang memiliki ciri ulama itu dapat dicapai? Atau, dalam pengertian yang lain, apakah mudah kerja untuk mengulamakan umarak dan mengumarakkan ulama?
Presiden Wadah Dr Siddiq Fadhil dalam ceramahnya bertajuk 'Ulama dan Umarak: Penyatu Pembangunan Ummah dan Negara' berkata, seruan ini pernah berkumandang pada satu masa dahulu dengan sedikit perbezaan.
"Dulu disebut 'mengulamakan intelektual dan mengintelektualkan ulama'. Tetapi, sekarang ini apakah mampu kita meneruskan usa ha itu dalam konteks kenegaraan dan dakwah hari ini?
"Antara mengulamakan umarak dan mengumarakkan ulama, mana lebih susah? Pada saya, bukan mudah usaha mengulamakan umarak. Tapi, lebih susah kerja mengumarakkan kaum ulama ini," demikian menurut beliau ketika menjawab soalan hadirin.
Selain itu, tambah beliau, antara sebab umat ketinggalan ini berpunca daripada ulama yang takut dan ketakutan mereka itu tidak bertempat.
"Antara ciri ulama seperti yang disebutkan dalam al-Quran ialah ketakutannya kepada Allah dan ciri ini hilang. Bukan bererti ulama sekarang tidak takut. Ketakutan itu masih ada, tetapi ia bukan kepada Allah, malah kepada pemerintah.
"Dan kita lihat pemerintah sekarang bukan lagi memakai fahaman berani kerana benar, takut kerana salah. Malah, mereka menjadi benar kerana berani. Dan kalau salah tak pernah takut," katanya lagi.
Tambah Dr Siddiq, umat tatkala berdepan dengan situasi sebegini, agak sukar untuk menegur ulama dan pemerintah.
"Menegur ulamak yang bijak tidak mudah kerana mereka ini selalu ada jawapannya," katanya ketika menceritakan kisah usaha menasihatkan ulama yang gemar bermewah dan membazir.
"Umat mencari seorang ulama lain untuk menasihati ulama yang suka bermewah itu. Suatu hari, dia be
rwuduk dengan air banyak sehingga ditegur ulama yang suka mewah itu. Ulama yang suka kemewahan itu berkata: "Kenapa berlebihan mengguna air? Cukup sahaja dengan membasuh anggota wuduk tiga kali."
"Wah, saya cuma berlebihan menggunakan air. Anda berlebih-lebihan dan bermewah-mewah menggunakan harta itu bagaimana pula?" kata ulama tadi, ketika membalas hujah. Akhirnya, ulama tadi tersedar daripada kesilapannya selama ini.
Ertinya, usaha menegur ulama dan umarak perlu berterusan juga demi kelangsungan umat.
Zulkarnain contoh ulama - umarak
Apakah harapan melihat kelahiran 'ulama berjiwa umarak' dan 'umarak berjiwa ulama' akan masih wujud? Dr Siddiq Fadhil berkata, watak ini sebenarnya pernah disebutkan di dalam al-Quran ketika beliau merujuk watak seperti Iskandar Zulkarnain.
Tambah beliau Zulkarnain adalah contoh ulama-umarak yang membina 'projek mega' untuk melindungi rakyat daripada ancaman musuh mereka.
"Projek mega itu disebut dalam al-Quran, iaitu sebuah benteng yang melindungi mereka daripada penjajahan Yakjuj Makjuj. Ia bukan projek kemegahan Zulkarnain untuk memuji diri sendiri. Buktinya setelah selesai, baginda isytiharkan bahawa projek itu adalah rahmat daripada Allah.
"Saya bercita-cita besar, jika saya jadi penguasa, hal yang sama saya lakukan. Di bawah setiap papan tanda projek itu akan ditulis ayat, bahawa projek ini adalah rahmat Allah dan bukanlah ayat seperti: Inilah dia sebuah lagi projek di bawah ...," kata beliau, diikuti ketawa hadirin

SPR hantar sampel dakwat cap jari kepada majlis fatwa

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengemukakan sampel dakwat khas yang digunakan untuk mengecap ibu jari pengundi ketika proses pilihan raya umum kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk dianalisis.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata pihaknya sudah menghantar sampel itu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dua minggu lalu bagi mendapatkan kepastian terutama dari aspek kemungkinan ia memberi kesan kepada wuduk.

"Kita tidak mahu penggunaan dakwat khas menimbulkan persoalan atau menghalang umat Islam daripada mengundi.

"Dakwat itu akan kekal di jari bagi tempoh dua atau tiga hari, jadi adalah tepat bagi kita untuk bertanya (kepada Majlis Fatwa Kebangsaan) sama ada ini boleh memberi kesan kepada amalan wuduk," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Awal bulan lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor akan mengadakan pertemuan dengan SPR bagi membincangkan lebih terperinci mengenai penggunaan dakwat khas bagi mengelak kehadiran pengundi hantu pada pilihan raya umum akan datang.

Kelmarin, akhbar melaporkan, ramalan mengenai bila pilihan raya umum ke-12 akan diadakan bertambah hangat apabila SPR mengumumkan hanya bersedia mengendalikan pilihan raya selepas September ini.

Abdul Rashid dilaporkan mengakui kerajaan ada bertanya kepada suruhanjaya itu sama ada sudah bersedia mengendalikan pilihan raya.

Beliau berkata, perkara itu sudah dinyatakan kepada kerajaan, baru-baru ini kerana pihaknya memerlukan masa untuk membuat beberapa persediaan terakhir, termasuk melatih kira-kira 200,000 petugas di seluruh negara.

Halang lelaki ‘lembut’ jadi guru tidak adil

Cadangan Kementerian Pengajian Tinggi tidak menerima lelaki ‘lembut’ dalam bidang perguruan di negara ini dan mengikuti program ijazah sarjana muda pendidikan di universiti tempatan, disifatkan sebagai tidak adil dan menafikan hak asasi individu.

Pelbagai pihak juga mahu kementerian itu mengkaji semula langkah itu kerana ia bukan penyelesaian kepada masalah lelaki ‘lembut’.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata ada pelbagai pendekatan yang lebih baik boleh diambil kerana sifat sedemikian lahir secara semula jadi.

“Langkah ini tidak sesuai diambil kerana pemikiran lelaki ‘lembut’ kadang kala lebih tajam daripada lelaki biasa. Kalau mereka pandai, kita boleh gunakan kepandaian itu untuk mendidik anak bangsa.

“Lelaki ‘lembut’ tidak sepatutnya dinafikan hak menjadi guru, sebaliknya pendekatan lain seperti kursus asas atau sesi kaunseling lebih sesuai diberikan kepada mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.

Hamas Ingatkan Abbas Jangan Cuba Sentuh Pemimpin Mereka.

Gerakan Hamas menuding Mahmod Abbas bertanggungjawab atas semua yang menimpa pemimpin Hamas setelah presiden Palestin itu mengeluarkan ancaman untuk membunuh pemimpin Hamas.

Ancaman yang dimaksud adalah ucapan Abbas "pemimpin Hamas menggali kubur mereka sendiri", Hamas menegaskan bahawa mereka tidak akan mengikuti rentak Abbas dengan memberi ancaman yang sama. "Kami akan seperti pohon kurma menjulang ke langit, meski dilempar batu kami balas dengan buah kurma" tegas Hamas. Namun kami juga mengingatkan agar jangan cubamenyentuh pendokong/pemimpin Hamas kerana ia umpama bermain api. "Kami bersabar tapi berencana" menurut Hamas.

Pindato Abbas dinilai Hamas sebagai tidak bertanggungjawab dan bahasa yang digunakan tidak layak keluar dari seorang presiden bagi rakyat Palestin yang mengancam membunuh di luar undang-undang. Abbas jelas mengikut agenda politik Amerika dan Israel.

Pihak Hamas menyatakan, Abbas berpidato dengan emosional dan jauh dari kesepakatan nasional. Jelas pidatonya memutuskan jambatan dan perahu dialog dengan Hamas serta secara utuh menurut agenda jahat Amerika dan Israel.

Hamas menegaskan pentingnya membangun kembali PLO dan badan-badandi bawahnya dengan dasar nasionalisme. Hamas menegaskan kembali menolak cadangan dari badan yang tidak sah. Ajakan Hamas untuk berdialog adalah untuk kepentingan kemaslahatan dan kebaikan Palestin.

banjir di Empangan Three Gorges

SEBANYAK 18 pintu banjir di Empangan Three Gorges terpaksa dibuka semalam bagi melepaskan air yang mula mencecah paras bahaya

Pihak berkuasa China terpaksa melepaskan air dari Empangan Three Gorges, tengah China berikutan air yang mula mencecah paras bahaya. Empangan itu merupakan yang terbesar di dunia. Langkah itu adalah persiapan terbaru China ekoran kematian lebih 150 orang dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda separuh negara itu, dalam bencana yang disifatkan sebagai terburuk di negara itu

Puasa dijangka 13 September

Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 13 September ini dan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 13 Oktober.

Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Ahmad Taufan bin Abdul Rashid berkata, umat Islam dijangka berpuasa genap 30 hari.

Katanya, berdasarkan kepada kiraan falak, ijtimak akan berlaku pada pukul 8.45 malam, 11 September ini kira-kira 1 jam 35 minit selepas matahari terbenam pada hari tersebut.

‘‘Justeru, menurut kaedah rukyah dan hisab, anak bulan disabitkan belum atau tidak wujud selepas matahari terbenam 11 September 2007 kerana ijtimak belum berlaku kerana bulan terbenam lebih awal sebelum waktu matahari terbenam,” jelasnya.

Al-Qaeda kembali bangkit

Rangkaian al-Qaeda bangkit semula menentang ‘kempen memerangi keganasan’, meningkatkan kemampuannya untuk menyerang Amerika Syarikat, dan menggandakan usaha menghantar anggotanya ke negara itu, menurut laporan baru perisikan semalam. “Hasilnya, kami menilai Amerika kini berada dalam persekitaran ancaman amat tinggi,” menurut laporan. Ia dikeluarkan hampir enam tahun selepas pentadbiran Presiden George W Bush mahu menghapuskan kumpulan pimpinan Osama bin Laden itu, berikutan serangan 11 September 2001 yang menyebabkan kira-kira 3,000 maut. Menggariskan ‘penilaian utama’ oleh komuniti perisikan Amerika mengenai ancaman pengganas terhadap negara itu, laporan merumuskan bahawa al-Qaeda mengumpul semula kekuatannya di tempat perlindungannya di Pakistan. “Kami menilai kumpulan itu melindungi atau mewujudkan semula elemen utama kemampuannya menyerang Amerika termasuk: kawasan selamat di Kawasan Pentadbiran Puak Persekutuan Pakistan (FATA), anggota operasi, dan pemimpin atasannya. – AFP

Australia halau doktor India disyaki terbabit serangan

Australia akan tetap mengusir seorang doktor India, Mohamed Haneef yang disyaki terbabit dalam cubaan serangan di London, biarpun terbukti dia tidak bersalah dalam perbicaraannya.

Menteri Imigresen Kevin Andrews berkata, visa Haneef, 27, yang bertugas di sebuah hospital kerajaan di Queensland, sudah dibatalkan dan dia akan terus ditahan sehinggalah perbicaraannya kelak.

“Namun apa juga yang berlaku dalam perbicaraan itu, dia akan tetap diusir. Pihak Polis Persekutuan akan mengeluarkan apa yang dikenali sijil penghakiman jenayah,” katanya sambil menegaskan Haneef akan terus berada di Australia sehinggalah semua prosedur undang-undang membabitkannya, selesai.

“Selepas itu, kecuali ada maklumat terbaru atau perubahan akibat keputusan mahkamah, Haneef akan tetap diusir.”

Kari perkuat daya ingatan

Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat mendakwa kunyit yang juga kandungan utama juadah kari, berkemungkinan merangsang sistem sel daya tahan badan yang boleh mengatasi masalah Alzheimer - sejenis penyakit otak membabitkan daya ingatan lemah. Penyelidik Universiti California, Los Angeles berkata bahan dalam kunyit itu terbukti memberi rangsangan tertentu terhadap protein yang menyebabkan bahagian tertentu otak tersumbat sehingga menjejaskan daya ingatan. “Bahan itu berkemungkinan boleh diperluaskan bagi menghasilkan ubat merawat penyakit otak yang tidak boleh dipulihkan itu setakat ini,” kata Dr Milan Fiala, yang mengetuai kajian itu dalam penulisan yang disiarkan edisi terbaru laporan Akademi Sains Kebangsaan.

Anak Osama bin Laden kagumi sikap isteri keturunan Yahudi

LONDON: Anak kepada pemimpin rangkaian al-Qaeda Osama bin Laden, berkata beliau gembira berkahwin dengan seorang nenek yang turut didakwa mempunyai perangai pelik.

Omar bin Laden, 26, dalam kenyataan yang dikeluarkannya mengesahkan dia sudah mengahwini Jane Felix-Browne, 51.

Felix-Browne pernah berkahwin lima kali. Pengusaha besi buruk dan anak keempat Osama bin Laden itu memberi reaksi terhadap kritikan ke atas dirinya sambil menegaskan bahawa isterinya yang mempunyai moyang berketurunan Yahudi adalah seorang Islam dengan sebahagian keturunannya berasal dari Kuwait.

“Kewarganegaraannya bukanlah satu isu. Apa yang penting ialah agama dan sikapnya,” katanya.

Omar yang mempunyai seorang lagi isteri di Jeddah, Arab Saudi mengaku beliau berkahwin dengan seorang wanita Arab daripada sebuah keluarga yang dihormati dan hidup bahagia bersamanya.

“Dia juga merestui perkahwinan kedua saya. Poligami bukan perkara asing dalam masyarakat Arab dan Islam,” katanya.

Omar turut mempertahankan perbezaan usia 25 tahun antara dia dan Felix-Browne dengan merujuk perbezaan usia antara Nabi Muhammad dan isteri pertamanya Khadijah, ialah 15 tahun.

Zionis Tidak Mahu Hamas dan Fatah Bersatu

Satu sumber rasmi Israel mengesahkan, dalam satu kenyataan untuk "Ha'aretz" akhbar bercetak pada hari Ahad, 180 orang ahli sekutu Fatah yang menjadi sasaran Israel akan dibuang dari senarai oleh perisikan Israel dalam usaha menumpukan usaha-usaha menghapuskan Hamas dan Jihad Islami."
Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden muncul dalam rakaman didakwa video terbarunya yang memuji umat Islam yang sanggup mengorbankan diri sebagai pejuang syahid. Klip kurang daripada seminit serta tidak bertarikh yang disiarkan halaman web penerbitan media al-Qaeda, adalah sebahagian daripada rakaman video selama 40 minit memaparkan pejuang al-Qaeda di Afghanistan memperingati rakan militan mereka yang terbunuh di negara itu. Osama memuji mereka yang maut kerana Jihad atau perang suci sambil menyifatkan Nabi Muhammad berharap mereka menjadi syahid. “Orang yang bahagia adalah mereka yang dipilih Tuhan untuk menjadi syahid,” kata Osama yang menunjukkan beliau berada di luar sambil berpakaian ala tentera.

24,000 pemegang IC lama tidak layak mengundi

Kira-kira 24,000 pemilih di seluruh negara bakal kehilangan hak mengundi pada pilihan raya umum akan datang jika masih tidak menukar kad pengenalan mereka kepada MyKad dengan segera.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor berkata, ini berikutan langkah suruhanjaya itu yang hanya menerima pakai nombor pengenalan diri 12 digit pada MyKad berbanding lapan digit pada kad pengenalan lama.

‘‘Untuk pilihan raya kali ini, SPR putuskan (pemilih) yang guna kad pengenalan lama (lapan digit) akan digugurkan kerana sekarang ini SPR hanya menggunakan kad pengenalan 12 digit (MyKad).

‘‘Sesiapa yang belum menukar kad pengenalan kepada MyKad hendaklah berbuat demikian dengan segera. Jika tidak nama mereka dikeluarkan dari senarai daftar pemilih,” katanya.

Pelbagai pihak gesa haramkan 'Evan Almighty'

Banyak pihak menggesa kerajaan agar mengharamkan dan menyekat kemasukan filem Evan Almighty kerana didakwa mengandungi babak menghina dan menyentuh sensitiviti umat Islam apabila mempersendakan Tuhan dan Nabi Nuh.

ImageSedutan daripada filem yang menelan kos kira-kira RM604 juta (US$175 juta) itu yang kini dipertontonkan di pawagam-pawagam, memaparkan pelakon Morgan Freeman sebagai God (Tuhan) telah mengarahkan pelakon Steve Carell (memegang watak Evan Baxter) untuk membina sebuah bahtera bagi menghindar banjir besar yang akan melanda New York.

"Saya juga merasakan mereka memang tidak menayangkan filem tersebut untuk tontonan orang Islam sebab kita sangat strict tentang ini dan pada saya, masyarakat sudah cukup matang untuk menilai mesej yang ingin disampaikan," tambahnya.

ImageSabtu lalu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato' Dr Ma’mur Osman meminta kerajaan mengharamkan Evan Almighty kerana didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam. Filem ini berdasarkan kisah Nabi Noh dan dibuat dalam bentuk komedi iaitu persiapan menghadapi banjir di New York.

“Kita bimbang ia akan mempengaruhi minda anak kita kerana filem itu jelas merujuk kepada kisah banjir besar pada zaman Nabi Nuh yang kemudian telah dimanipulasikan sehingga menjadi satu bentuk komedi yang menghina Islam.

Masjid Merah: 24 maut serangan balas dendam


Sekurang- kurangnya 24 anggota pasukan separa tentera Pakistan terbunuh dan 29 lagi cedera dalam satu serangan berani mati hari ini.

Kejadian itu berlaku beberapa hari selepas Presiden Pervez Mu- sharraf membangkitkan kemarahan umat Islam dengan mengarahkan tentera menggempur sebuah masjid pro-Taliban di ibu negara.

Penyerang memandu kereta yang sarat dengan bahan letupan merempuh sebuah konvoi tentera di wilayah Waziristan Utara dekat sempadan Afghanistan.

Penulis laman web fitnah dijejaki

Polis sedang menjejaki penulis-penulis laman web yang menyebarkan fitnah terutama kepada para pemimpin negara dalam usaha membendung gejala yang boleh menjejaskan perpaduan.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharum menegaskan, beliau telah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan terperinci bagi mengesan para penulis terbabit.

“Kalau dapat kesan, saya harap tindakan tegas dapat diambil ke atas mereka seterusnya mengelakkan laman-laman web seumpama itu terus merosakkan negara,” katanya.

Sejarah DPM Sejak 15 Tahun

Penubuhan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi (DPM) semenjak 1999-2007 telah merakamkan detik-detik kegemilangan yang tak pudar di telan zaman. Sedari 15 tahun, DPM sebagai paksi kekuatan PMRAM telah melalui jatuh bangun yang mematangkan idelisma mahasiswa di bumi Kinanah.

Atas dasar pengukuhan kekuatan pendokong PMRAM di Dewan-Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi, PMRAM akan melaksanakan untuk julung-julung kalinya Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Kali Ke 4 dengan nama Sejarah kita, Sejak 15 Tahun (SEJAK) pada 1 dan 2 Ogos 2007 bertempat di dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah. Ayuh kita terokai kegemilangan sejarah itu. Sejarah kita, SEJAK 15 TAHUN.

Yahudi Iran enggan hijrah ke Israel

TEHERAN: Masyarakat Yahudi Iran menolak tawaran wang tunai lumayan sebanyak £5,000 (RM35,000) seorang sehingga £30,000 (RM210,000) bagi sekeluarga untuk berpindah ke Israel.

Akhbar Guardian melaporkan semalam, penolakan itu membuktikan kesetiaan masyarakat terbabit kepada musuh ketat Israel, iaitu Iran.

Ganjaran wang tunai itu dibuat menerusi satu tabung khas diwujudkan pegawai dagang asing Israel yang mewah, dalam usaha memastikan matlamat penghijrahan beramai-ramai 25,000 penduduk Yahudi Iran ke Israel menjadi kenyataan.

Malah, tawaran itu dibuat dengan sokongan rasmi Israel dan ia turut disenaraikan ke dalam pakej khas diberikan rejim Zionis itu kepada penduduk Yahudi yang berhijrah.

Namun, Persatuan Yahudi Iran menolak tawaran itu sebagai taktik politik kurang matang dan menegaskan, identiti kebangsaan mereka tidak boleh dijual beli.

“Identiti Yahudi Iran tidak boleh diperdagangkan dengan apa juga bilangan habuannya,” kata persatuan itu dalam satu kenyataan.

“Yahudi Iran antara masyarakat lama di Iran. Yahudi Iran sememangnya cintakan identiti mereka sebagai rakyat Iran. Budaya dan taktik politik tidak matang ini tidak mungkin dicapai jika mahu mencapai sasaran melenyapkan langsung identiti masyarakat Yahudi Iran.”

Akhbar Yahudi, Ma’ariv pula melaporkan jumlah wang tunai itu dilipatgandakan selepas tawaran awal £2,500 (RM17,500) bagi setiap orang, terbukti gagal menarik lebih ramai Yahudi Iran berhijrah ke Israel.

Ahli Parlimen Yahudi tunggal di Iran, Morris Motamed menyifatkan tawaran itu satu penghinaan dan memberi beban kepada masyarakat Yahudi membuktikan kesetiaan.

“Ia menunjukkan yang Yahudi Iran boleh disogok dengan wang untuk berhijrah. Mereka bebas berhijrah dan tiga perempat daripada masyarakat itu sudah berbuat demikian selepas Revolusi Islam,” katanya. – Agensi

Hizbullah Hadiri Rundingan Paris

Hizbullah telah membuat keputusan untuk menghadiri persidangan San Clo di Perancis. Ia khusus untuk membincangkan mengenai rundingan antara pihak Lubnan. Sumber tersebut berkata, Hizbullah menganggap keterangan presiden Perancis yang menyatakan bahawa Hizbullah diketepikan daripada senarai pertubuhan pengganas dan Perancis tidak berhasrat untuk mengetepikannya, adalah sebagai penjelasan yang boleh diterima.

Jurucakap presiden Perancis, David Martinon yang memetik dari Presiden Nicola Sarcozy sebagai berkata, Hizbullah adalah pertubuhan pengganas. Wartawan Hizbullah tersebut dimaklumkan, boikot yang dilakukan oleh Hizbullah akan diiringi dengan tiada penyertaan oleh parlimen Nabih Barri serta Parti Kebangsaan Bebas yang dipimpin oleh Michele Aun. Pemboikotan oleh pembangkang terhadap persidangan Paris itu bertujuan untuk menggagalkannya atau membatalkannya terus.

Tuduhan Abbas Tidak Berasas

Sami Abu Zuhri, jurucakap rasmi Hamas di Semenanjung Gaza menggambarkan tuduhan Presiden Palestin Mahmoud Abbas terhadap Hamas yang mempunyai unsur-unsur Al-Qaeda sebagai perkembangan serius dalam usahanya menyaingi Hamas dan sebagai hasutan bagi mencetuskan suasana tidak tenteram seterusnya membawa kuasa-kuasa antarabangsa ke Semenanjung Gaza."

Ulama perlu berani tegur pemerintah

Golongan ulama diingatkan agar mewarisi sikap ulama terdahulu yang berani menegur pemerintah walaupun menerima tekanan jika mahu melihat Islam yang diperjuangkan memperolehi kemenangan.ulama perlu menjaga ilmu serta membebaskan diri dari kemaksiatan pemerintah agar masyarakat dapat melihat kehebatan ulama.

“Ulama yang hebat ialah ulama yang menjaga ilmu. Memanglah, ulama yang berani menegur akan menghadapi tekanan, itu perkara biasa. Kita tengok ulama dahulu macam Imam Malik yang berani menegur pemerintah serta menjaga ilmu menyebab pemerintah ketika itu menjadi baik. “Ulama yang menjaga ilmu akan nampak kehebatannya. Ulama yang hebat apabila pandai menjaga ilmu serta berani berhadapan dengan tekanan pemerintah, itu memang kedudukan dia,"ulama yang tidak tahu menjaga ilmu hanya kerana takutkan pemerintah seperti seekor harimau di zoo yang hilang kehebatan sebenar dan mendesak ulama agar tidak terpengaruh dengan apa yang disogokkan pemerintah sehingga mengekalkan kemaksiatan dalam pemerintahan.

“Harimau ni kalau dihutan akan nampak kehebatannya kerana ia duduk di tempat yang betul. Kalau yang dikurung dalam kandang zoo kita boleh urut kepala. Kita tak nak ulama macam harimau di zoo. Bila dihidangkan lagu pop ye ye nak tercabut serban. Orang buat ikut suka dia. Hilanglah kehebatan ulama, kalau jadi macam tu akan kekal kemaksiatan dalam pemerintahan,”

Israel Lancar Laman Web Dalam Bahasa Parsi.

Menteri Luar Israel, Tsippi Levni mengumumkan telah melancarkan satu laman web internet baru dalam bahasa Parsi dalam usaha apa yang dinamakan oleh kementerian itu untuk mrngubah pemikiran rakyat Iran terhadap Israel.

Levni berkata dalam satu sidang media, “itu terpulang kepada kita untuk masuk ke landasan tersebut dengan cara yang berkesan supaya dapat memberi mesej kami, bukan dengan cara lama iaitu bercakap dan bukan juga mesej propaganda. Kami cuba memberikan fakta seperti asal kepada seberapa ramai orang yang mungkin. Laman web di internet ini penting dan berkesan pada peringkat ini”.

Kementerian Luar Israel berkata, laman web barunya itu di dalam Bahasa Parsi bertujuan untuk memberikan maklumat yang betul mengenai Negara Yahudi kepada rakyat Iran”.

Dalam pada itu, jurucakap kementerian terbabit, Amirah Aron menuduh dasar Iran memberikan maklumat yang salah kepada rakyatnya mengenai Israel yang mana ia berdasarkan kepada perasaan benci dan iri hati.

Iran dikatakan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Israel sejak berlakunya revolusi Islam tahun 1979. Republik Islam itu tidak mengiktiraf negara Yahudi tersebut, bahkan hanya menggelarkannya sebagai rejim zionis.

Israel telah memberi amaran pada tahun 2003 lalu bahawa ia bersedia untuk melancarkan operasi ketenteraan secara berseorangan terhadap Iran, sekiranya masyarakat antarabangsa gagal memaksa Tehran menarik balik program nuklearnya.

Ashaari terbit buku baru mengagungkan diri

Ketua kumpulan al-Arqam, Ashaari Muhammas yang diburu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana mengamalkan ajaran Aurad Muhammadiah, dikesan menerbitkan sebuah buku baru berjudul Politik Islam Membawa Kasih Sayang dipercayai sebagai usaha menghidupkan semula ajaran berkenaan yang diharamkan sejak 1994. Buku itu diterbitkan Mac lalu dikesan sepasukan anggota penguat kuasa Jais ketika membuat serbuan di 11 premis di Bandar Country Homes, Rawang, pada 9 Julai lalu yang mana ia antara barang dirampas. Dalam serbuan itu, seorang wanita dipercayai pekerja di salah satu premis itu ditahan mengikut Seksyen 12 (C) kerana menyimpan buku diharamkan, sekali gus melanggar fatwa dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jais. Exco Agama, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Datuk Abdul Rahman Palil, berkata beliau belum membaca isi kandungan buku itu, tetapi percaya ia mengagungkan Ashaari sebagai pemimpin terulung abad ini, sama seperti buku dirampas dan diharamkan sebelum ini.

Beliau berkata, usaha menghidupkan kembali kumpulan itu bertentangan dengan keputusan kerajaan mengharamkan kumpulan dan ajaran itu serta tidak menghormati Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku ketua agama Islam di negeri itu.
“Saya mengingatkan bekas pengikut ajaran ini supaya menghormati fatwa dan Sultan Selangor dengan penuh rasa tanggungjawab. “Kita akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap bekas pengikut ajaran ini yang masih berdegil, di samping mengadakan operasi berterusan untuk membanterasnya,” katanya pada sidang media, di sini, semalam. Turut hadir Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi. Ashaari atau dipanggil Abuya di kalangan pengikut ajaran itu dikatakan bersembunyi selepas diburu Jais kerana dikesan cuba menghidupkan semula ajaran itu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, satu lagi ajaran sesat dikesan di negeri itu dikenali kumpulan Haji Kahar yang mentafsir hadis dan al-Quran mengikut fahaman sendiri. “Kumpulan ini jika tidak dibendung akan menimbulkan salah faham dan perpecahan di kalangan umat Islam,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengurusan masjid dan surau di Selangor supaya memastikan hanya penceramah atau guru agama yang mempunyai sijil tauliah daripada Jais dibenarkan memberi ceramah atau mengajar ilmu agama.
Beliau berkata, selain mengelak salah tafsir, sijil tauliah itu juga bagi memastikan penceramah hanya mengajar ilmu agama bukan mengumpat dan menidakkan keislaman.

Al-Qaeda mahu sasar Musharraf

Pemimpin nombor dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri muncul dalam satu rakaman video terbarunya, menggesa rakyat Pakistan menyertai perang jihad sebagai membalas dendam serangan tentera Islamabad ke atas sebuah masjid, kelmarin. Kenyataannya itu dibuat ketika satu laporan lain penganalisis perisikan Amerika Syarikat yang mendakwa kumpulan al-Qaeda sudah meningkatkan keupayaan operasinya ke tahap yang tidak pernah dilihat sebelum serangan 11 September, 2001. Perutusan Ayman selama empat setengah minit bertajuk ‘Keganasan Terhadap Masjid Lal,’ bertumpu sepenuhnya terhadap pertempuran sengit kumpulan pelajar radikal itu dengan tentera Pakistan. Video itu dikeluarkan kelmarin oleh unit multimedia al-Qaeda, As-Sahab dan kesahihannya tidak dapat disahkan setakat ini. Namun, dua kumpulan pemantau keganasan berpangkalan di Amerika, turut melaporkannya. “Wahai penduduk Muslim Pakistan, kelangsungan kehidupan anda hanyalah menerusi jihad,” kata Ayman dalam rakaman yang turut diselitkan sari kata bahasa Inggeris. “Pilihan raya yang diseleweng, politik, mengampu, merayu, berunding dengan penjenayah dan muslihat politik sekali pun tidak mungkin dapat menyelamatkan anda,” katanya. “(Presiden Pervez) Musharraf dan anjing buruannya sudah mencalar kehormatan anda demi memenuhi khidmatnya terhadap pihak Yahudi,” katanya merujuk kepada pentadbiran Musharraf yang sememangnya dikecam hebat kerana tindak tanduknya menangani drama kepungan di Masjid Lal berkenaan.
Ayman menyifatkan kematian Ghazi sebagai jenayah kotor dilakukan perisik tentera Pakistan atas arahan Musharraf. “Kebangkitan semula al-Qaeda kini ketara selepas dapat menyusup masuk ke lubuk baru dan kawasan yang goyah di Pakistan. Kita menyaksikan lebih banyak latihan, lebih banyak wang dan aspek komunikasi yang semakin ketara. Semua kegiatan itu semakin meningkat,” kata John Krigen, Ketua Direktorat Analisis Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA).
Rasulullah s.a.w. adalah insan pilihan, utusan terakhir yang diutus untuk menyampaikan risalah Ar-Rahman keseluruh alam. Baginda adalah contoh teladan yang terbaik dan sememangnya menjadi ikutan dalam kehidupan muslim pada hari ini. Keindahan akhlak Rasulullah s.a.w. dibuktikan dalam Al-Quran melalui firman-Nya dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w. itu suri teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari Kiamat dan yang banyak mengingati Allah."

Berdasarkan dalil yang dinyatakan di atas, dapat dibuktikan bahawa keindahan akhlak Rasulullah s.a.w. telah diiktiraf oleh Allah SWT sehingga dirakamkan di dalam kitab suci al-Quran untuk dijadikan teladan mahupun "role model" kepada umat baginda dari dahulu hinggalah sekarang, kerana segala yang termaktub dalam al-Quran itu adalah kekal dan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman.

Petikan kenyataan "Akhlak Rasulullah adalah al-Quran" merupakan kata-kata yang diungkapkan sendiri oleh Saidatina Aisyah r.a. sebagai penghargaan dan kekaguman seorang isteri terhadap Rasul tercinta.

Akhlak Rasulullah s.a.w., diumpamakan indah bagaikan Al-Quran, ini kerana baginda adalah Rasul (utusan Allah) yang dipilih untuk menyampaikan amanat dari Tuhannya dan melaksanakan tanggungjawab menyampaikan risalah dakwah kepada seluruh alam, sehinggalah ke hari ini. Kita dapat merasakan seruan dakwah baginda dengan nikmat iman dan Islam yang menjadi tunjang akidah kita, dibuktikan lagi dengan turunnya kitab suci al-Quran yang merupakan kalam Allah dan mukjizat yang paling berharga dianugerahkan kepada baginda Rasulullah s.a.w., melalui perantaraan malaikat Jibrail, juga merupakan sumber utama perundangan Islam, di mana di dalamnya terkandung seluruh peraturan hidup yang syumul meliputi seluruh aspek kehidupan dan tetap menjadi rujukan seluruh umat manusia pada hari ini.

Akhlak Rasulullah s.a.w. seiring dan sepadan seperti mana yang digariskan oleh Allah SWT di dalam ayat-ayat-Nya, yang menjadi tatapan pada umat terdahulu dan menjadi teladan kepada umat yang kemudian. Sesungguhnya, beruntunglah umat Nabi Muhammad pada hari ini, sungguhpun tidak berada di zaman baginda, namun sunnah dan sirah baginda tetap tersemat di hati, lantaran kecintaan terhadap Allah dan Rasulnya serta beriman dan menyakini apa yang di bawa oleh baginda Rasulullah s.a.w..

akhlak terpuji

Rasulullah s.a.w.adalah qudwah hasanah yang tidak dapat ditandingi lantaran peribadinya yang terpuji dan dikagumi sendiri oleh kawan mahupun lawan. Manakan tidak, Rasulullah tetap melemparkan senyuman tatkala dicaci, dihina dan dipersenda oleh musuh-musuh Islam sewaktu baginda menyampaikan risalah dakwahnya. Malahan, baginda sentiasa merendah diri, berbicara dengan lemah lembut dan untuk menarik mereka mendekati Islam.

Peribadi Rasulullah s.a.w. sungguh anggun dan menawan, sungguhpun bergelar nabi, namun baginda sedikit pun tidak menyombong dan tidak riya' dengan kedudukannya yang sangat mulia di sisi Allah SWT. Tidak seperti kebanyakan pemimpin pada hari ini, yang angkuh dan bongkak dengan gelaran, pangkat dan jawatannya yang hanya sementara sahaja. Baginda Rasulullah s.a.w. merupakan seorang sahabat dan teman yang setia, seorang suami yang mithali dan lembut hati, seorang bapa yang penyayang dan penyabar, seorang pemimpin yang adil, bijaksana dan berkarisma juga hamba yang wara' dan tawadhuk serta taat kepada Allah SWT.

Keindahan akhlak Rasulullah s.a.w. sesuai dengan gelaran yang di bawa, iaitu al- amin yang bermaksud yang dipercayai, dan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai pembawa risalah dan memberi petunjuk dan jalan dari perkara kemungkaran kepada kema'rufan, perkara batil kepada yang haq, dan kejahilan kepada cahaya.

Rasullah s.a.w. diutus pada zaman Jahiliyyah di mana umat manusia pada ketika itu hidup dalam keadaan kemunduran, kejahilan, persengketaan, penindasan, porak- peranda dan saling berbunuhan. Oleh yang demikian, turunlah ayat Allah dalam Surah Ibrahim ayat 4 yang bermaksud:

"Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, agar dia dapat memberi penjelasan kepada mereka. Maka Allah menyesatkan kepada siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dia Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana."

Justeru itu, perlantikan dan pemilihan baginda sebagai Rasul utusan Allah adalah membawa tanggungjawab besar untuk memperbetulkan keadaan masyarakat pada ketika itu, dan menunjukkan sinar kebenaran ke arah hidup yang diberkati Allah.

Demikianlah, besarnya peranan baginda sebagai penghulu sekalian nabi, pemimpin pejuang Islam, dan penyelamat sekalian ummat. Ini disebutkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya dalam surah Saba' ayat 28 yang bermaksud:

"Dan tidaklah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam."

Sungguhpun begitu, berat dan amat payah tanggungjawab baginda, Rasulullah tetap bersabar dan istiqamah dalam perjuangannya menyampaikan risalah dakwah hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir. Inilah bukti kasih sayang baginda terhadap umatnya. Meskipun berhadapan dengan saat ajal datang menjemput, baginda sentiasa mengingati umatnya, dengan kata-kata terakhir yang keluar dari mulut baginda: "Ummati, ummati, ummati..." (Umatku, umatku, umatku).

Allahu akhbar... Maha suci Allah, begitu agung peribadimu, sungguh menawan tutur bicaramu, terpaut hatiku menghayati sirah hidupmu. Engkaulah Rasul pilihan, engkaulah pemimpin sanjungan, engkaulah suri teladan, engkaulah permata yang sentiasa bergemerlapan, engkaulah sinar yang menerangi seluruh alam... engkaulah pujaan setiap insan.

Rasulullah diutus membawa cahaya, memberi sinar pengharapan, menunjuk jalan kepada kebenaran. Keperibadian baginda tidak dapat disangkal lagi, keluhuran baginda tidak dapat diragui, keikhlasan baginda tidak dapat ditandingi, pemergian baginda tiada lagi pengganti.

Wahai seluruh umat manusia, bangunlah dari lenamu, sedarlah dari angan-anganmu, bukalah mindamu, asahlah bakat dan kemampuanmu, persiapkan dirimu untuk meneruskan perjuangan dakwah baginda Rasulullah s.a.w..

Jika dilihat situasi remaja pada hari ini, tiada langsung yang mencerminkan keperibadian yang luhur seperti mana yang ditunjukkan oleh contoh teladan, Rasulullah s.a.w..

Andainya kita mengambil artis-artis sebagai ikutan dan role model dalam kehidupan kita, dimanakah nilai iman kita sebagai umat yang mengaku Islam?

Wahai para remaja yang dikasihi sekalian, duduklah seketika, berfikirlah sejenak, patutkah kita mengambil artis sebagai ikutan, wajarkah kita meninggalkan Rasulullah s.a.w.insan agung sebagai panduan dalam kehidupan kita? Sudah pasti jawapannya tidak sama sekali. Tergamakkah kita mengagung-agungkan artis, memuja- muja kekasih sebagai tanda sayang kita kepadanya? Sebaliknya melupakan selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w. sebagai bukti cinta agung kepadanya? Persoalan ini perlu dijawab sendiri oleh umat yang mengaku hamba kepada Allah yang Maha Esa dan umat yang inginkan syafaat baginda di padang Mahsyar kelak.

Perginya baginda meninggalkan umat, mewasiatkan dua perkara yang paling berharga tiada tandingannya, iaitu kitab suci al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w.. Barangsiapa yang berpegang teguh kepada keduanya, maka ia tidak akan sesat selamanya, Insya' Allah.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita duduk sejenak merenung kejadian sendiri, menginsafi kekurangan diri, kembali ke pangkuan IIahi. Apakah kita benar-benar ingin menjadi ummat baginda? Apakah peranan dan tugas kita sebagai umatnya? Layakkah kita bergelar umat baginda? Beranikah kita memohon syafaat baginda di akhirat kelak? Apakah yang telah dikorbankan untuk Islam? Apakah yang telah kita sumbangkan untuk perjuangan dakwah baginda? Persoalan inilah yang sepatutnya berlegar-legar di fikiran kita, seandainya mengaku bahawa kita adalah ummat Rasulullah s.a.w. Duduklah sebentar, fikir-fikirkan, tepuklah dada, tanyalah iman...

Sungguhpun kita tidak dapat menjadi sesempurna nabi, tetapi... berazamlah untuk memperbaiki akhlak dan peribadi... Sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita, dan Dia sentiasa menolong hamba-Nya yang suka kepada kebaikan..

Murtad: Mahkamah Tinggi tiada bidang kuasa dengar kes tahan Siti Fatimah


SHAH ALAM 6 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan habeas corpus yang dikemukakan oleh seorang suami dalam usaha mendapatkan pengisytiharan bahawa perintah tahanan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka terhadap isterinya tidak sah undang-undang.

Hakim Datuk Su Geok Yiam ketika menolak permohonan yang dikemukakan oleh V. Suresh menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa mendengar permohonan tersebut memandangkan Siti Fatimah Abdul Karim kini tidak lagi berada dalam tahanan.

Pemohon diwakili oleh peguam Karpal Singh manakala Muhamad Haniff Khatri Abdulla mewakili responden-responden.

Suresh, 29, mengemukakan permohonan habeas corpus untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka bagi menahan isterinya, Siti Fatimah Abdul Karim di Pusat Pemurnian Akidah, Baitul Aman di Jalan Sungai Tua, Hulu Yam Bharu, Batang Kali, Hulu Selangor, sebagai tidak sah dan terbatal.

Pemohon menamakan Penguasa, pusat tersebut dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam notis usul yang difailkan dan afidavit yang diikrarkan, pemohon mendakwa bahawa dia dan isterinya telah berkahwin pada 10 Mac 2004 menerusi upacara tradisional Hindu di sebuah kuil Hindu di Bandar Melaka.

Pemohon mendakwa, sejak sebelum dan sepanjang perkahwinan mereka, isterinya itu menganut agama Hindu dan menggunakan nama M. Revathi.

Hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Diviya Dharhini yang dilahirkan pada 19 Disember 2005.

Responden pula dalam afidavit menyatakan bahawa Siti Fatimah, 29, telah dibesarkan mengikut ajaran Islam oleh ibu bapa kandung. Dia (Siti Fatimah) tidak pulang ke rumah sekitar Mei 2004 dan telah melangsungkan perkahwinan dengan Suresh tanpa mendapat persetujuan daripada bapa kandungnya.

Pada 23 Jun 2006, Siti Fatimah telah membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka untuk mengesahkan status agamanya dan mengatakan bahawa dia tidak lagi menganut agama Islam.

Mahkamah tersebut bagaimanapun telah mengeluarkan perintah untuk menahan Siti Fatimah selama 100 hari iaitu mulai 8 Januari hingga 18 April lalu.

Perintah itu telah disahkan di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang mempunyai bidang kuasa ke atas responden.

Seterusnya, mahkamah yang sama (di Melaka), kemudiannya telah melanjutkan tempoh tahanan Siti Fatimah selama 80 hari lagi.

Responden tersebut turut menyatakan Siti Fatimah bukan isteri yang sah kepada pemohon.

Pemohon juga telah gagal mendaftarkan perkahwinan mereka disebabkan Siti Fatimah merupakan seorang yang beragama Islam sejak dilahirkan.

Perang istilah oleh yahudi

Golongan barat yang kalah ditangan umat islam di dalam peperangan salib tidak berhentisetakat itu sahaja.Bahkan mereka melancarkan kan perang istilah dan perang budaya terhadap umat islamselepas mereka gagal dalam peperangan medan.Starategi ini sama dengan strategi menjatuhkan kerajaan andalus (sepanyol).

Dizaman moden ini kita dapat lihat dengan jelas perang perkataan atau dengan perkataan lain perang istilah yang dilontarkan di tengah-tengah masyarakat umat islam.Kita dapati, di tengah-tengah mereka wujudnya golongan yang dilebelkan sebagai islam Liberal,Islam Progresif,Islam Jumud,Islam Hadhari,Islam Ekstrem dan seumpamanya.

Padahal islam tetap islam,islam hanya lah satu,ia mempunyai keteguhan dan keutuhan yang dipelihara oleh Allah S.W.T dan ia tidak boleh dihanyutkan oleh nafsu manusia.
Firman Allah s.w.t:
ان نحن نزلنا الذكر وانا له لحافظون
Maksudnya: "sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran,dan kamilah yang memelihara dan menjaganya." (Al-hijr:9)

Oleh kerana itu, islam tidak dapat dan tidak akan dapat diubah oleh manusia.
Firman Allah s.w.t:
فأقم وجهك للدين حنيفا فطرط الله التي فطر الناس عليها لا تبديل لخلق الله زلك الدين القيم ولكن أكثر الناس لا يعلمون
Maksudnya: "(setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikut mu,wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan;(turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya;tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu;itulah agama yang betul lurus,tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.(Ar-Rum:30)

Dari sini kita perlu memahami bahawa Islam berbeza dengan agama-agama lain di dunia.Agama-agama lain telah diselewengkan oleh penganut-penganut mereka sendiri sehinggakan agama kristian yang berasal dari ajaran Nabi Isa a.s berpecah kepada Ortodok dan Protestan,agama yahudi yang berasal daripada ajaran Nabi Musa a.s berpecah kepada yahudi Ortodok da yahudi Moderat.Pecahan-pecahan agama ini berlainan di antara satu sama lain.Berbeza dengan kewujudan mazhab dalam Islam yang hanya berperanan sebagai guru untuk memahami ayat-ayat yang diizinkan oleh Allah s.w.t untuk mereka berijtihad.

Oleh kerana itu kita dapati,kewujudan istilah Islam Hadhariadalah salah satu percubaan memecah-belahkan umat Islam yang susur-galurnya mempunyai kaitan dengan perancangan yahudi antarabangsa.Ini kerana,apabila disebut Islam hadhari yang bermaksud Islam yang boleh membawa kepada pembangunan tamadun,maka difahami sebaliknya wujud Islam Badawi iaitu Islam yang tidak membawa kepada pembangunan tamadun.Ini kerana,sesuatau tidak boleh dilabelkan sebagai Hadhari jika tiada bandingannya atau lawannya yang dikenali sebagai Badawi.Sebagaimana sesuatu tidak boleh dianggap maju jika tiada bandingannya atau lawanya yang dikenali sebagai mundur.Sebagaimana juga seseorang murid tidak boleh digelar sebagai cerdik dan terbaik jika tiada murid lain yang menjadi tandingnnya yang dianggap bodoh dan terkebelakang.

Di dalam tulisan Syeikh Anwar Jundi jelas menggambarkan kepada kita istilah-istilah ini terhadap umat Islam kerana ia adalah salah satu jarum beracun yang menyerang umat Islam kerana ia adalah salah satu jarum beracun yang menyrang umat islam melalui saluran perang perkataan atau perang istilah yang merupakan peperangan licik yang dilancarkan oleh orang-orang yahudi.

Lancar perang siber

Kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato' Azalina Othman Said bahawa Umno akan melantik penulis siber dalam usaha membanteras 'berita fitnah' mengenai parti itu di internet untuk membersihkan imej parti di kalangan rakyat.
Azalina ketika bercakap dengan pemberita di Kota Kinabalu selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian, mendakwa dilantik Presiden parti untuk mengetuai kumpulan memerangi fitnah siber.
Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan menyatakan rancangan Umno untuk untuk melantik beberapa penulis khusus bagi membantu parti memantau dan memerangi pelbagai fitnah yang berleluasa di internet, terutama membabitkan kepemimpinan negara.

Taha menafikan Hamas bersetuju dengan pembentukan kerajaan baru Abbas

Ayman Taha, salah seorang daripada pemimpin politik Hamas di Tebing Gaza telah menafikan laporan media yang menyatakan Pergerakannya bersedia untuk menerima pembentukan kerajaan campuran baru yang diketuai oleh pemimpin bebas sebagai jalan keluar kepada krisis politik yang dihadapi oleh rakyat Palestin sekarang.

Beliau berkata, Hamas tidak pernah merancang untuk mengumumkan inisiatif baru, dan menegaskan pihak Hamas masih berpendirian dengan kerajaan campuran nasional. Buliau menambah, Pergerakannya berurusan dengan kerajaan sementara dimana Ismail Haneyya sebagai Perdana Menteri yang sah menurut undang-undang PA.

Qardhawi minta Abbas berdialog kerana beliau bukan pemimpin Fatah Sahaja

Ulama tersohor, Syeikh Yusuf Qardhawi menyampaikan seruan kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas (Abu Mazen) yang meminta presiden Palestin itu untuk mengadakan dialog dengan Hamas dalam rangka menyelesaikan krisis yang sedang melanda negeri para syuhada itu.

"Saya minta saudara Mahmud Abbas, yang saya kenali sejak 50 tahun lalu agar menyedari bahawa beliau sebenarnya adalah pemimpin bagi setiap orang Palestin, bukan pemimpin Fatah sahaja. Semua warga Palestin adalah putera-puteranya, beliau perlu berdialog dengan semua pihak," kata Qardhawi.

Pernyataan Qardhawi ini disampaikan dalam siaran Asy-Syari'ah wal Hayat (syari'ah dan kehidupan) yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Al jazeera, Ahad lalu (24/6).

Ulama karismatik itu menekankan kepentingan berdialog kepada semua pihak. "Tidak ada jalan keluar selain dengan dialog. Tidak boleh seseorang mengatakan, saya tidak mahu berdialog. Tidak, ini tidak boleh diterima. Sekali lagi, tidak mungkin seseorang mengatakan, saya tidak mahu berdialog" katanya.

Menurut Qardhawi lagi, "Dialog adalah konsep Islam yang Allah Ta'ala perintahkan kepada umat Islam untuk melakukannya, walaupun dengan musuh-musuhnya. Allah Ta'ala menyebutnya dengan sebutan jidal. Allah SWT memerintahkan Nabi-Nya untuk mengajak berdialog dengan musuh-musuhnya dengan cara yang baik. "Berdialoglah dengan mereka (musuh-musuh Islam) dengan cara yang baik" apatah lagi kita sesama Muslim?!? tegas Qardhawi.

Bantahan kebiadapan Britain, AS

Lebih 1000 umat Islam meluahkan rasa marah sambil membantah keras tindakan kerajaan Britain menganugerahkan gelaran ‘Sir’ kepada penulis yang menghina Islam dan Rasulullah, Salman Rushdie dalam satu demonstrasi di depan Kedutaan Britain, selepas solat Jumaat petang semalam.

Perhimpunan aman yang kebanyakannya disertai golongan mahasiswa universiti tempatan itu, yang bermula di masjid Tabung Haji berdekatan, dan kemudiannya berpindah ke depan Kedutaan Amerika bagi menyatakan bantahan di atas sikap kuasa besar itu yang campur tangan dalam usaha menafikan hak Hamas membentuk kabinet Palestin

Kau pergi jua.....


Beberapa orang sahabat telah pulang ke tanah air untuk bertemu keluarga tercinta.selamat berjuang semua.tunggu kepulangan ku nanti.....

Pertama di dunia: Buku panduan ibadat di angkasa


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menerbitkan sebuah buku mengenai garis panduan bagi umat Islam melaksanakan ibadah di angkasa lepas.

Buku yang pertama seumpamanya di dunia itu diterbitkan seiring dengan penghantaran angkasawan negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Oktober nanti.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaludin Jarjis memberitahu sidang akhbar di sini bahawa buku bertajuk "Pelaksanaan Ibadah di International Space Station, ISS" itu bakal dijadikan panduan oleh angkasawan negara bagi mengerjakan ibadah di sana nanti.
Dimuatkan dalam buku itu, antaranya cara beristinjak, menentukan waktu solat dan qiblat serta menentukan waktu puasa.

Mustafa berkata penerbitan buku itu adalah hasil rumusan seminar Islam dan Kehidupan di Angkasa anjuran Agensi Angkasa Negara dan Jakim pada April tahun lepas selain perbincangan dengan 14 mufti seluruh negara.Beliau berkata buku panduan juga akan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Arab, serta bahasa-bahasa lain bergantung kepada permintaan.

Indonesia halalkan dadah dalam masakan

Memiliki ganja masih menjadi satu jenayah di Indonesia, tetapi chef yang menggunakan herba itu sebagai satu tradisi dalam masakan kari tidak perlu ditahan, kata naib presiden Jusuf Kalla kepada media tempatan.
Tukang masak di wilayah Aceh dan rantau lain di utara pulau Sumatera berkata, mereka menggunakan sedikit daun ganja hancur atau bijinya sebagai herba dalam beberapa masakan.

Bercakap kepada media kelmarin, Jusuf berkata, tiada jalan Indonesia akan menghalalkan atau menjadikan ganja bukan satu jenayah seperti sesetengah negara di Eropah barat.

“Tidak mengapa menggunakannya sebagai perasa makanan, tetapi ia tidak boleh dihalalkan sepenuhnya mengikut undang-undang,” kata Jusuf kepada The Jakarta Post.

Pakaian seksi peragawati GT Jepun

Pakaian peragawati sukan bermotor GT Jepun yang seksi dan terdedah mendapat perhatian Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen mahukan Kementerian Belia dan Sukan lebih sensitif dan memastikan ia tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Isu itu dibangkitkan oleh Datuk Ir. Hasni Mohammad (BN-Pontian) yang mahukan kementerian tersebut menyatakan pendirian terhadap model-model dari Jepun yang memakai pakaian seksi semasa berlangsungnya perlumbaan GT itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, S. A Vigneswaran berkata, setiap penganjuran acara sukan di negara ini perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan antaranya memahami, mematuhi dan menghormati adat resam Malaysia.

Pelajar menangis diarah buka tudung

CALIFORNIA: Pertengkaran mengenai tudung kepala dalam dewan makan Sekolah Tinggi Seaside antara penyelia sekolah dan seorang pelajar berusia 13 tahun mendorong pertubuhan Islam mendesak pegawai berkenaan meminta maaf secara terbuka.
Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) cawangan San Francisco/Bay Area, berkata gadis itu diarah membuka tudung oleh penyelia sekolahnya Selasa lalu.Selepas menjelaskan dia memakai tudung kerana perintah agama, penyelia berkenaan, menurut kenyataan CAIR, kemudian memberi arahan di depan lebih 100 pelajar lain: “Anda perlu menanggalkan tudung itu sekarang.”Gadis itu, yang mengikuti kelas algebra pada musim panas, menangis tetapi tidak menanggalkan tudungnya.

CAIR dan Sekolah Tinggi Seaside enggan mendedahkan keluarga pelajar itu. Pegawai sekolah berkata, penyelia terbabit menawarkan untuk meminta maaf.“Pekerja yang terbabit dalam kejadian itu menawarkan untuk meminta maaf pada hari kejadian. Kami ingin meminta maaf secara persendirian, kerana keadaan itu,” kata pengetua sekolah itu, Sydney Renwick.

Namun, Pengarah Eksekutif CAIR, Safaa Ibrahim, berkata dalam satu kenyataan ‘disebabkan pelajar itu dihina di depan khalayak ramai, memang wajar meminta maaf atau mengeluarkan kenyataan terbuka untuk meringankan kerosakan yang dicetuskan tindakan tidak boleh diterima penyelia itu.’

Penyelaras perhubungan media CAIR, Abiya Ahmed, berkata keluarga gadis itu mahukan permohonan maaf secara terbuka. Safaa berkata, ‘menjadi satu bentuk pelanggaran peraturan meminta seorang pelajar melanggar prinsip agamanya dalam usaha mendapatkan pendidikan.’
Renwick berkata, sekolah berkenaan memang mempunyai dasar melarang pemakaian topi, skaf dan perhiasan kepala lain tetapi ia perlu dijalankan dengan sedikit kelonggaran. – Agensi

“Anda tidak boleh mempunyai dasar tertentu yang merangkumi semua keadaan. Semua dasar perlu bersifat umum untuk menyampaikan apa hasratnya.“Kami menganggap ini sebagai kejadian terpinggir. Ia tidak sepatutnya berlaku dalam sebarang cara atau bentuk. Ia sukar untuk semua orang. Banyak sensitiviti di sekelilingnya,” kata Renwick. – Agensi

Sejuta tanda tangan mula dikutip pertahan al-Aqsa

DOHA: Ulama Islam melancarkan kempen mendapatkan sejuta tandatangan dari seluruh warga Muslim di seluruh dunia dalam satu petisyen mendesak masyarakat antarabangsa melindungi masjid al-Aqsa dari dimusnahkan Israel. Kerja pembinaan yang dilakukan Israel berhampiran masjid itu, kawasan suci ketiga dalam Islam, mencetuskan bantahan penduduk Palestin dan membangkitkan kemarahan umat Islam. Ia menyebabkan kempen itu dilancarkan sejak Februari lalu. “Sejuta tanda tangan akan dikutip untuk mempertahankan al-Aqsa dalam surat paling panjang yang akan dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, untuk menekankan status mulia al-Aqsa kepada semua umat Islam,” kata Ayedh Al-Qahtani, pegawai badan kebajikan Qatari Islamic, penganjur kempen itu kepada akhbar.

ANTARA MENGUMPAT @ GHIBAH YANG DIBOLEHKAN

1) Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau orang yang mempunyai hak memutuskan sesuatu perkara dalam rangka menuntut haknya.

2) Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran agar orang yang membuat maksiat kembali ke jalan yang benar.Pembolehan ini dalam rangka isti'anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat kejalan yang hak.Selain itu,ia merupakan kewajipan manusia untuk malakuakn amar ma'ruf dan nahi mungkar.Setiap muslim sering bantu membantu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah,hingga nyata yang haq dan bathil.


3) Istifta' (meminta fatwa) akan sesuatu hal.Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa,untuk lebih berhati-hati,ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan dan tidak melebih-lebih.


4) Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan.Contohnya apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid'ah dan kita khuatir terhadap bahaya yang menimpanya.Mkaka kita wajib menasihati dengan cara yang menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata-mata.


5) Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid'ah seperti meminum minuman keras,menyita harta orang secara paksa,memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya.Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambah cerita sepanjang niat kita dalam melakuakn hal itu hanya untuk kebaikan sahaja.

6) Panggilan seseorang.Bila seseorang yang telah dikenali dengan julukan seperti si pincang,si pendek,si bisu,si buta,atau sebagainya,maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain mengerti,maka haram hukumya.Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik,maka lebih baik memanggilnya dengan nama tersebut.

Imam Besar Al-Azhar doa selatan Thai pulih

BANGKOK 25 Jun – Imam Besar Al-Azhar, Dr. Muhammad Sayid Tantawy berdoa keamanan akan kembali wujud di tiga wilayah Selatan Thailand yang majoriti penduduknya adalah orang Islam dan rundingan antara kerajaan dan puak pemisah akan dapat diadakan.

Jurucakap Kerajaan Thailand, Dr. Yongyuth Mayalarp berkata, Muhammad memberitahu Perdana Menteri Surayud Chulanont bahawa Islam, sebagaimana agama lain, menginginkan kedamaian dan berharap pergolakan di wilayah selatan negara itu akan pulih dalam masa terdekat.

Semasa lawatannya di sini, Muhammad, yang dianggap sebagai seorang tokoh paling berpengaruh dalam kalangan pemimpin Islam di dunia dan mengetuai sebuah universiti Islam tersohor, akan dianugerahkan ijazah kehormat oleh Prince of Songkhla University. Jurucakap Kerajaan Thailand itu berkata, Perdana Menteri mahu bantuan daripada Al-Azhar terutamanya dalam pengajaran bahasa Arab dan mata pelajaran agama dan pensyarah daripada universiti memandangkan Narathiwat University akan menawarkan kursus seumpamanya.

Jangan kahwini wanita yang enam sifatnya

Imam Al-Ghazali ada mencatatkan,jangan engkau kahwini wanita yang enam sifatnya.

1) Wanita Ananah
_ Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu serta setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit untuk kepentigan dirinya.

2) Wanita Hadaqah
- Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada setiap sesuatu,lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membeli.

3) Wanita Mananah
- Wanita yang suka membangkit-bangkit terhadap suami.Wanita ini sering menyatakan,"Aku membuat ini keranamu".

4) Wanita Baraqah
- Wanita Wanita ini ada dua makna; Pertama wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.Keduanya dia akan marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

5) Wanita Hananah
- Wanita yang mengatakan kasih sayangnya pada lelaki yang lain,yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suaminya yang lain.

6) Wanita Syadaqah
- wanita ini cukup untuk dikenali iaitu wanita yang mempunyai sifat suka banyak cakap dan tidak menentu serta bising.

Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah dan baik akhlak dan peribadinya.Rasulullah S.A.W bersabda kahwinilah wanita itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya,kecantikannya,keturunannya dan AGAMAnya.Maka pilihlah pada agamanya adalah lebih baik nescaya akan membawa kerahmatan,kebahagiaan dan kesenangan yang berpanjangan.Ketahuilah mereka bahawa kecantikan itu adalah bersifat sementara dan ianya umpama sebilah mata pedang yang mampu memenggal leher seorang lelaki.

Akil Hay ditahan JAIS

pendakwah dan penyanyi nasyid, Akil Hayy telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada malam 23 Jun lalu dan akan disoalsiasat oleh jabatan berkenaan esok (26 Jun 2007).

Beliau yang dihubungi hari ini, berkata, soal siasat tersebut dibuat atas dakwaan berceramah tanpa tauliah di bawah enakmen undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor.

Dalam kejadian tersebut Akil Hayy ditahan oleh unit penguatkuasa Jais ketika beliau berceramah di surau Al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil, Sri Kembangan, Serdang, Selangor.

Sementara itu, dakwa penyanyi yang bernaung di bawah Inteam records dengan kerjasama EMI, ceramah agama yang disampaikan pada malam itu bertajuk 'silaturrahim' dan tidak ada mengena isu politik.Ceramah tersebut dihadiri semua masyarakat tanpa mengira fahaman mana-mana politik.Beliau berkata, motif ceramah tersebut adalah untuk mengerat tali siratul rahim antara satu sama lain.

Ceramah tersebut juga katanya, dilakukan di dalam surau dan tidak melebihi jam 12.00 tengah malam.Namun katanya, belum lagi beliau berada di pentas beberapa anggota polis dan unit penguatkuasa Jais sudah berada di surau berkenaan.Sebaik saja beliau selesai berceramah beliau didatangi beberapa pegawai Jais dan mereka menyatakan bahawa beliau ditahan kerana berceramah tanpa tauliah.Beliau terus dibawa ke Balai Polis Seri Kembangan.

Bagaimanapun dakwanya, setibanya di balai berkenaan beliau tidak pun diambil keterangan oleh pihak polis sebaliknya pegawai Jais sendiri mengambil kes tersebut."Saya tak faham mengapa saya tidak dibawa ke pejabat Jais sebaliknya dibawa ke balai polis. Adakah pihak Jais sengaja mendera minda dan jiwa saya kerana kes itu langsung tidak dilibatkan dengan polis.

"Bahkan setelah saya bersama beberapa orang yang menemani saya berada hampir tiga jam di balai polis, tiba-tiba pegawai Jais yang bernama Mohd Rizalnuddin mengambil keterangan saya dan memberi jaminan agar saya untuk hadir ke pejabat Jais di Shah Alam esok," katanya yang pertama kali ditahan sejak terlibat dengan dunia dakwah dan artis.

Katanya, walaupun beliau sedar majlis tersebut dipantau pihak berkuasa beliau tetap menyampaikan dakwahnya bagi menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran."Antara intipati dakwah saya ialah menyuruh hadirin menutup aurat, para remaja tidak mendekati gejala dadah, tidak terlibat dengan gejala sosial dan jenayah."Kerana itu saya bersyukur kerana kes saya ini bukan kerana terlibat dengan jenayah sebalik saya ditahan kerana menegak agama Allah," katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya beliau meminta semua jemaah Islam memohon doa agar Allah SWT memberi petunjuk kepada mereka menzalimi orang yang menegakkan agama Allah. - mks.

HUKUM MENGGUGURKAN JANIN

1. Janin mengidap penyakit yang ringan(tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'

a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.

b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.

PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?

Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.

Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : "Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak)." (Surah Al-An'am : 151)

Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurakn janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha' Mazhab Maliki.

Lebih 500 sertai bantahan pengurniaan 'Sir' pada Salman Rushdie di Kuantan

Lebih 500 umat Islam berhimpun secara aman di perkarangan Masjid Al Fatah, selepas solat Jumaat, dekat sini membantah pengurniaan pingat ‘Knigh Bachelor’ (membawa gelaran Sir) kepada penulis novel ‘Surah Syaitan’ kelahiran India, Salman Rushdie.

Mereka meneriak slogan ‘jahanam...jahanam...jahanam Salman, Hidup Islam...Hidup Islam’ dan bertakbir sambil mengutuk kerajaan British yang mengurnikan darjah kebesaran kepada penghina Islam itu.

Salman Rusdie, 60, anak seorang Muslim dilahirkan di Bomby pada 19 June 1947 dan bersekolah di Gereja Jhon Conon kemudian di King Kolej, Cambridge. Pada tahun 1988 dia menulis novel ‘The Satanic Versus (surah Syaitan) yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Pada 14 Febuari 1989 pemimpin Rupblik Islam Iran, Ayotullah Khomieni mengeluarkan fatwa supaya Salman Rusdie dihukum bunuh, Sejak itu Salman tidak muncul di khalayak ramai dan bersembunyi di Britain.

keberanian musuh menghina Islam adalah berpunca daripada kelemahan Islam yang tidak berkuasa.musuh-musuh Islam bukan memperlekehkan Islam malah menghina Islam, penganutnya dan menghina Allah SWT.

Justeru, Islam mesti didaulatkan, golongan Islam mesti diberi kuasa memerintah supaya agama ini dapat dipelihara kesuciannya daripada penghinaan musuh.

Anak Melayu Juara pertandingan sediakan arak!

Image 22 Jun - Apa nak jadi dengan umat Islam di negara ini? Tidak cukup dengan pelbagai gejala yang melanda, kini disebut pula sebagai juara dan pakar penyediaan arak Malaysia!
Tiga orang anak Melayu yang menyertai pertandingan Belvedere Bartender of the Year 2007 (Malaysia) anjuran Syarikat Malaysia Belvedere Vodka dilaporkan menguasai pertandingan ini.


ImageAcara ini melibatkan penyediaan Koktail bagi minuman arak jenis Belvedere Vodka dan setiap peserta dikehendaki menyediakan salah satu dari tiga jenis Belvedere Vodka iaitu Belvedere Pure, Belvedere Cytrus atau Belvedere Pomarancza.Program yang diadakan Frangipani Bar, Bukit Bintang turut dimeriahkan oleh artis Melayu dari Sarawak iaitu Camelia.

Image

Mohd Adzhar Ahmad, bartender dari Qba, The Westin Kuala Lumpur telah diistiharkan sebagai pemenang dan Rizal Junior Johari dari QBA juga telah memenangi tempat kedua Tempat ketiga pula jatuh kepada Mohd Erik Fiza Zulkifle dari The Loft Kuala Lumpur.

Ini hanyalah sebahagian kecil dari gejala-gejala yang telah merosak anak-anak Melayu. lantaran inginkan keseronokkan dunia dan kemewahan wang ringgit beserta sedikit kemasyuran mereka telah dipedaya dan akhirnya terus tenggelam hanyut dalam dunia hitam ini.

Fikir-fikirlah apa yang akan kita lalui selepas ini. Sesungguhnya setiap amal itu akan dihitung oleh malaikat, dan akhirat kelak kita akan nikmati hasil yang kita usahakan pada hari ini. Baik buruk telah kita diajarkan maka pandai-pandailah bawa diri. Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” - mks.

Sepotong Roti Penebus Dosa

Abu Burdah bin Musa Al-Asyari meriwayatkan, bahwa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: "Wahai anakku,ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti."
Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga dia n tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelimang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.
Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.
Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, karena disangka sebagai orang miskin.
Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut,sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: "Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku."
Orang yang membagikan roti itu menjawab: "Kamu dapat melihat sendiri,roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti."
Mendengar ungkapan dari orang yang membahagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.
Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ia ternyata menjadi penebus dosa.

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
1 Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2 Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3 Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4 Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan
mereka.
5 Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada
saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan
kepada kamu 7 perkara, iaitu :
· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."