Siaran langsung sidang Parlimen bukan untuk politik


KUALA LUMPUR: Keputusan Kabinet membenarkan persidangan Parlimen disiar secara langsung menerusi televisyen bukan untuk kepentingan politik, sebaliknya membuktikan keterbukaan kerajaan selaras dengan amalan demokrasi di negara ini. Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata melalui siaran langsung sesi soal jawab Persidangan Dewan Rakyat, selama 30 minit setiap hari menerusi RTM1, bermula akhir bulan ini, rakyat diberi peluang menilai wakil rakyat yang mereka pilih secara objektif. Mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan media sekarang tidak terbuka, beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu membandingkan keterbukaan yang wujud kini dengan zaman pemerintahannya yang menyaksikan beberapa akhbar diharamkan. Ketika ditanya mengenai blogger, Ahmad Shabery mengulangi kenyataannya bahawa kerajaan mengiktiraf peranan golongan itu dalam membentuk pemikiran masyarakat dengan memberikan ruang untuk mereka bercakap secara terbuka melalui program di RTM selama 20 minit setiap Ahad bermula 20 April ini. - Bernama

Mubaligh AS gesa Israel terus kuasai Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS 7 April - Mubaligh Kristian Amerika Syarikat (AS), John Hagee semalam mengumumkan untuk menderma sejumlah AS$6 juta (RM19.15 juta) kepada beberapa pertubuhan Israel dan meminta bangsa Yahudi agar terus menguasai seluruh Baitulmaqdis.

Hagee yang kerap muncul di televisyen baru-baru ini kerana sokongannya terhadap calon Presiden dari Parti Republikan, John McCain serta kritikannya terhadap Gereja Katolik, telah membawa ratusan penyokong dalam satu lawatan "perpaduan" ke Israel.

Kumpulan pimpinan Hagee, Kristian Bersatu Untuk Israel, turut mengadakan perarakan di pusat konvensyen Baitulmaqdis.

Kebanyakan hadirin yang merupakan warga AS mengibarkan bendera Israel ketika Hagee naik ke pentas untuk memberi ucapan bersama dengan pemimpin Parti Likud, Benjamin Netanyahu, semalam.

"Memulangkan sebahagian atau semua kawasan Baitulmaqdis kepada penduduk Palestin mungkin menjadi ancaman seperti menyerahkan ia ke tangan Taliban," kata Hagee merujuk kepada bekas rejim di Afghanistan.

Antara 16 pertubuhan yang disokong oleh Hagee dan menerima dermanya adalah perkhidmatan ambulans Magen David Adom dan sebuah pusat persidangan di penempatan Ariel di Tebing Barat.

Kenyataan Hagee mengenai Katolik menyebabkan McCain sendiri menjauhkan diri pada bulan lalu apabila paderi San Antonio itu mengatakan diktator Nazi, Adolf Hitler adalah penganut Katolik anti-Yahudi.

Rakyat Mesir merusuh -Tunjuk perasaan bantah kenaikan harga barang

MAHALLA EL-KOBRA, Mesir – Ribuan rakyat yang marah dengan kenaikan harga barang tetapi tiada kenaikan gaji telah membakar bangunan kerajaan, mencuri di kedai-kedai dan melontar batu ke arah polis di bandar industri ini malam tadi.

Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan semua penunjuk perasaan.

Kira-kira 150 orang ditahan sementara 80 lagi cedera dalam protes yang diadakan di bandar yang terletak di Delta Nil ini.

Penunjuk perasaan menyerbu majlis perbandaran, memecahkan tingkap dan melarikan komputer serta dokumen lain.

Sekurang-kurangnya dua buah sekolah dibakar dan beberapa buah bank dirosakkan.

Ribuan anggota polis terpaksa dikerahkan mengawal keadaan di jalan-jalan raya di Mahalla, 120 kilometer ke utara Kaherah.

Hampir 100 orang ditahan di seluruh Mesir awal semalam ketika ribuan penduduk tidak pergi bekerja atau bersekolah kerana membantah kenaikan harga makanan dan keadaan kerja yang semakin teruk.

Seruan pertama mogok seluruh negara dibuat oleh pihak pembangkang semalam bagi memberi tekanan kepada kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak.

Kekacauan yang berlaku dua hari sebelum pilihan raya perbandaran dan wilayah itu dikhuatiri menjejaskan proses pemilihan tersebut.

Mesir yang mendapat sokongan Amerika Syarikat turut memberi amaran kepada penduduk agar tidak menyertai mogok dan demonstrasi kerana ia tidak dibenarkan undang-undang.

Dunia bertanggungjawab akibat daripada tidak peduli tragedi Gaza.

Jumaat,4/4/2008 - Pergerakan Hamas memberi amaran bahawa dengan sikap tidak ambil peduli akan masalah kemanusiaan di Gaza, negara-negara Arab dan komuniti antarabangsa akan menanggung akibat yang serius serta dunia harus dipertanggung jawabkan diatas kesan dariapda sikap ini.Didalam kenyataan akhbar yang diterima oleh PIC, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum, menggariskan kegagalan berterusan pihak Arab dalam mengambil langkah berani untuk menghapuskan sekatan keatas Gaza adalah hasil daripada tekanan pihak Amerika yang dikenakan kepada mereka.

“Kami ingin memberi peringatan bahawa dengan meneruskan polisi yang tidak adil ini keatas rakyat kami yang mengakibatkan tekanan yang amat serius kepada sejuta setengah rakyat Palestin di Gaza sepatutnya dapat dibaca oleh semua pihak, dan ianya tidak masuk akal dimana dunia terus menerus hanya melihat rakyat kami disembelih dan menamui ajal dengan cara ini”, kata Barhoum.Jurucakap itu menyeru kepada pihak antarabangsa and organisasi hak asai manusia untuk menghantar deligasi mereka ke Gaza untuk membiasakan diri dengan realiti situasi yang tragis ini.

Beliau merayu kepada Mesir untuk membenarkan deligasi kemanusiaan antarabangsa and mereka yang bersimpati untuk memasuki Gaza untuk membari bantuan kepada rakyatnya yang ditindas serta dapat meringankan kesengsaraan yang mereka tanggungi.

Fatwa Halalkan Darah warga Arab Palestin

Laman web al-jazeera.net melaporkan bahawa para khakham (ulama besar) Yahudi telah meluluskan fatwa menghalalkan darah warga Arab Palestin (Islam dan Kristian) sebagai balasan kepada pembunuhan kader-kader mereka di bandar al-Quds. Fatwa yang akan disebarkan keapda umum pada hari Sabtu, 29 Mac 2008 melalui majalah rasmi kumpulan ultra ortodoks Yahudi itu bertajuk ‘Darah Yahudi lebih mahal dari emas’.

Rabbi dari bandar Safd, Samuel Eliyahu telah mengesahkan perkara tersebut dan menyeru agar kerajaan Israel mengulangi menubuhkan semula unit 101 yang pernah diketuai oleh Ariel Sharon pada masa lampau. Unit tersebut terkenal dengan kekejaman mereka membunuh warga awam Arab dan juga pembunuhan kelarga-keluarga Arab di kampung Qabyah dan Nahalin pada tahun 50’an. Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.

Eliyahu menjelaskan bahawa fatwa berkenaan adalah bersumberkan dari Taurat. Menurut beliau darah kaum selain dari Yahudi adalah halal dan mereka berhak untuk melakukan perkar ayang sedemikian. Beliau mendakwa, jika pihak AS dan Rusia boleh menumpahkan darah kaum Muslimin, mengapa kaum Yahudi tidak boleh dibenarkan melakukan perkara yang sama. Fatwa tersebut telah mengundang kritikan dan penentangan dari ahli parlimen Arab di dalam knesset rejim Zionis Israel. Mereka membawa isu tersebut ke pihak pengadilan dan meminta agar fatwa yang berbau keganasan tersebut diharamkan oleh pihak mahkamah tinggi kerajaan rejim.


Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.


Agak ironik, darah lebih 100 rakyat Gaza telah ditumpahkan sebelum peristiwa serangan ke atas kader-kader Yahudi ultra Ortodoks. Tidak pula kedengaran mana-mana ulama Islam di Gaza menghalalkan darah warga awam Yahudi di seluruh dunia. Peliknya, apabila nyawa para kader-kader ultra ortodoks Yahudi Zionis yang juga merupakan anggota tentera sukarelawan rejim terbunuh, mereka menghalalkan darah semua warga Arab Palestin.

Di manakah media antarabangsa untuk mempamerkan kepada dunia wajah sebenar ‘pengganas dunia’?