Jumaat, 16/05/2008 -Gerakan Hamas menegaskan, perlawanan akan tetap menjadi strategi untuk mengembalikan sepenuhnya hak-hak rakyat Palestin yang dirampas. Perlawanan akan menghapus Israel dari tanah Palestin kemudian mendirikan negara Palestin yang merdeka, berdaulat dengan ibukota Al-Quds, meskipun perlu meningkatkan pengorbanan dan membayar harga yang mahal. Gerakan Hamas semalam, Khamis (15/5) dalam majlis memperingati 60 tahun terjajahnya Palestin, menegaskan bahawa perampasan Palestin oleh Israel adalah tragedi paling besar tercatat dalam sejarah Arab dan Islam. Penjajahan ini telah mengubah kehidupan rakyat Palestin menjadi derita panjang yang tidak terperi. Israel mendeklarasikan negaranya di atas tanah Palestin, di atas siraman darah dan hancur berkecainya tubuh rakyat Palestin. Negara penjajah yang didirikan di atas ribuan syahid, cedera parah mangsa menjadi cacat dan penderitaan tawanan Palestin, perampasan tanah untuk penempatan Yahudi, penghapusan peninggalan sejarah dan tempat suci Palestin.