| Hari mengundi | 8 Mac (Sabtu) |
| Penamaan calon | 24 Februari (Ahad) |
| Tempoh berkempen | 13 hari |
| Jumlah pemilih berdaftar | 10,922,139 |
| Pemilih awam | 10,701,054 |
| Pemilih pos | 221,085 |
| Jumlah parti politik berdaftar | 30 |
| Jumlah kerusi Parlimen | 222 |
| Jumlah kerusi DUN | 505 |
FAKTA PILIHAN RAYA KE-12
Parlimen bubar berkuatkuasa hari in
Pembubaran itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-12 diadakan dalam tempoh 60 hari.
Pembubaran ini dibuat selepas beliau menghadap dan mendapat restu dari Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktaffi Billah Shah pagi tadi.
Yang di-Pertuan Agong telahpun menandatangani peristiharan pembubaran Parlimen hari ini, dan dengan itu juga negeri-negeri dinasihati membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Perdana Menteri juga menyatakan semalam beliau enggan mengumumkan kemungkinan Parlimen dibubar hari ini kerana belum bertemu Yang di-Pertuan Agong lagi.
Perdana Menteri juga menyatakan, tarikh penamaan calon dan pengundian akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:
``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.
``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.
``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.
``Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.
``Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”
Israel akan di hukum jika mengancam pemimpin Hamas.
Selasa, 12/02/08 -Pergerakan Hamas telah menyuarakan dengan jelas kepada Israel bahawa serangan balas akan di lakukan dengan apa cara sekalipun jika terdapat cubaan untuk membunuh pemimpin-pemimpin Hamas Hamas juga memberi amaran kepada Israel bahawa Israel akan mendapat pembalasan yang setimpal di atas kebiadaban mereka itu"
Kabinet Zionis Putuskan untuk Bunuh Para Pemimpin Hamas .
Isnin, 11/02/08 -Sidang mingguan kabinet Zionis 'Israel', Ahad (10/2) memutuskan untuk membunuh para pemimpin tertinggi politik Hamas, sama ada yang berada di dalam Palestin mahupun di luar. Keputusan ini seiring dengan peningkatan serangan pembunuhan terhadap pemimpin dan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza. "
