(^_^)

ukhwah yang dibina antara kita,
biarlah seperti seutas tasbih,
ada awal, tiada penghujungnya...
dicipta untuk mengingatiNYA,
dibahagi untuk cintaNYA,
diratib demi redhaNYA...

Sahabat...
Jika hari ini daku terlalu gembira,
Sedarkanlah daku dengan amaran2 ALLAH...
Jika daku bersedih tanpa kata,
Pujuklah daku dengan tarbiyah Pencipta...

Jika daku lemah tiada berdaya,
Ingatkanlah daku dengan kehebatan Syurga...
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
Ajaklah daku untuk meruntuhkannya segera...

Jika pernah hati mu terluka,
Luahkanlah agar daku berubah...

Dan jika esok daku terlena tanpa terjaga,
Iringilah daku dengan kalungan doa....

Bukan Yahudi, Tetapi Zionis

Kita wajar meluruskan beberapa fakta yang kita tahu selama ini tentang kekejaman yang berlaku di bumi berdirinya Masjid al-Aqsa. Selepas 60 tahun negara haram Israel ditubuhkan, masih ramai yang tidak tahu membezakan di antara Zionis dan Yahudi. Jika kita sendiri malas memahaminya, maka jangan pula melatah apabila dunia Barat merumuskan Taliban dan al-Qaeda adalah manifestasi dan refleksi sebenar ajaran Islam.

Musuh sebenar pada waktu ini ialah Zionis, bukannya Yahudi. Maka sebab itu saya nasihatkan jangan sewenang-wenangnya melaungkan Yahudi laknatulullah sebagai satu tanda protes kita terhadap kekejaman rejim Zionis di Palestin.

Negara Israel yang ada pada hari ini bukannya sebuah negara berideologi Yahudi, sebaliknya ia adalah sebuah negara Zionis yang memperkudakan agama untuk terus berkuasa. Ini bukan saya yang kata, tetapi inilah intipati utama dalam buku yang ditulis oleh Alan Hart, Zionism: The Real Enemy of the Jews.

gambar rabbi yahudiAlan Hart (tengah) diapit oleh 2 orang rabbi Yahudi yang turut menentang kezaliman Zionis di tanah
Palestin. Gambar diambil ketika konferens Against Zionism: Jewish Perspective.

Khutbah 'cinta terlarang' mahu ubah perspektif umat Islam?

Khutbah Jumaat di masjid hari ini membawa tajuk berjiwa remaja iaitu `Cinta Terlarang'. Tajuk ini juga sering kali diguna penulis cereka seperti novel dan cerpen atau skrip drama.

Apa maksud pihak berkuasa agama menggunakan tajuk tersebut? Mungkin juga satu provokasi untuk menarik jemaah masjid lebih mendengar khutbah daripada tidur di samping menarik remaja mengikuti kandungan khutbah yang disampaikan.

Apa yang pastinya dibarisan depan jemaah solat ramai golongan berusia berbanding golongan belia yang lebih suka duduk di belakang. Kemungkinan juga tajuk yang digunakan sebagai pendekatan di masa akan datang untuk menarik golongan belia lebih ke saf depan dalam masjid.

Bagaimanapun pengertian daripada khutbah yang ingin disampaikan katib itu lebih diberi keutamaan walaupun ia nampak tidak serius.

Perkara utama yang sukar dirungkai dalam masyarakat sekarang ialah bagaimana untuk mengatasi masalah manusia bercinta sehingga mengundang kemungkaran. Hal ini turut berlaku yang amat ketara dalam masyarakat umat Islam.

Umat Islam sekarang yang mudah menerima pemikiran Barat menjadikan cinta bermasalah itu walaupun dilarang dalam Islam sebagai satu budaya hidup malah setiap cara serta susun atur kehidupan lebih berlandaskan kepada menteliti tersebut.

Terutamanya perspektif bercinta sebelum kahwin dan di alam pertunangan. Ia seolah-olah telah menjadi lumrah dan perkara biasa dalam masyarakat umat Islam. Sedangkan apa yang diberitahu oleh khutbah tersebut cinta seumpama itu adalah terlarang.

Perkara inilah yang cuba dirungkaikan supaya umat Islam menjadi insan yang bermoral dan berakhlak tinggi. Katib bertanggung jawab menyampai dan menyelar perbuatan serta amalan terlarang itu. Tetapi apakah katib mampu mengubah amalan yang telah menjadi budaya dalam kehidupan seharian orang Islam?

Kata katib ketika menyampaikan khutbahnya di Masjid Sungai Mulia, cinta tersebut merupakan perkara yang dilarang dalam Islam. Cinta yang diberikan oleh Allah kepada insan adalah satu kemulian sebaliknya manusia menjadikan cinta itu sebagai tempat memuaskan hawa nafsu mereka.

"Cinta itu baik jika digunakan pada tempat yang baik sebaliknya ia jadi mungkar apabila digunakan pada tempat yang tidak baik," ujarnya. Ramai umat Islam yang kecundang dalam permainan perasaan ini kerana insan berlainan jenis yang tidak halal apabila berduaan akan datang yang ketiga iaitu syaitan.

Pihak berkuasa agama bertanggung jawab menyampaikan dakwah untuk mengubah perspektif yang telah lama tertanam dalam pemikiran umat Islam. Bagaimanapun ia bukanlah satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi peranan televisyen yang sering menayangkan filem serta drama yang bentuknya bercanggah dengan agama.

Khutbah hanya mampu disampaikan seminggu sekali. Tajuk khutbah minggu depan lain pula yang ingin disampaikan. Sedangkan televisyen boleh dikatakan setiap hari menyiarkan drama bercinta sebelum kahwin.

Akhirnya pihak berkuasa agama kalah. Jadi sebaiknya pihak berkuasa agama yang ada kuasa gunalah kuasa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zahid Hamidi ada. Janganlah hanya puji idea pembangkang bagus di Dewan Rakyat sedangkan pelaksanaannya tidak berlaku.

Pandangan pembangkang terutama PAS dalam soal agama bukan baru di parlimen. Tetapi sampai sekarang tidak ada tindakan terutama dalam pendekatan selari kementerian dalam menangani keruntuhan moral dan gejala akhlak.

Selagi keadaan ini tidak tercapai selagi itulah masalah tidak boleh diatasi. Perkara ini pernah ditegaskan oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dahulu di Dewan Rakyat.

Walaupun kementerian pendidikan dan jabatan perdana menteri bahagian agama mahu mewujudkan manusia berakhlak sebaliknya kementerian lain terutama penerangan tidak bertindak selari malah lebih cenderung kepada hiburan yang akhirnya melalaikan manusia

Ikhwan UK ucap tahniah

LONDON, 20 Mei (Hrkh) - Pemimpin Ikhwan Muslimin di United Kingdom mengucapkan tahniah di atas kejayaan PAS di dalam Pilihan Raya Umum ke 12 baru-baru ini.

Image Pemimpin pergerakan tersebut, Syeikh Ibrahim Munir berkata demikian sewaktu menerima kunjungan Setiausaha Agung PAS, Dato Kamarudin Jaffar dan AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ke pejabat mereka di London, semalam.

Syeikh Ibrahim Munir menyifatkan kejayaan tersebut sebagai salah satu petanda kebangkitan Islam dari sebelah Timur.

Dalam pertemuan yang berlangsung sekitar dua jam itu turut dihadiri oleh Syeikh Abu Hisyam yang pernah hidup sezaman dengan Imam Hasan al-Banna dan juga Mahmoud al-Libyari yang merupakan ketua editor penerbitan Ikhwan di Eropah.

Di dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin PAS yang diiringi oleh beberapa orang rakyat Malaysia yang bekerja di UK, membentangkan analisis kejayaan PAS di dalam pilihan raya yang lepas.

Syeikh Ibrahim dalam ucapannya berkata, telah tiba masanya seluruh umat Islam memusatkan kekuatan dengan mengutamakan kesatuan.

Menurut beliau, formula utama di dalam agenda kesatuan ialah ukhuwah atau persaudaraan sesama Muslim.

Justeru katanya, amat penting bagi kumpulan-kumpulan Islam terutamanya daripada golongan muda untuk bersedia bersatu bagi memenangkan Islam di Malaysia.

Image Sementara itu, Syeikh Abu Hisyam pula menyifatkan kejayaan itu sebagai salah satu daripada hasil perjuangan yang diasaskan oleh Imam Hasan al-Banna selepas kejatuhan khilafah Uthmaniyah pada tahun 1921.

Terharu dengan semangat kemenangan tersebut, beliau menasihatkan agar seluruh pejuang PAS perlu bersungguh-sungguh membuktikan Islam itu sebagai penyelesai kepada permasalahan yang berlaku di dunia ini, termasuklah juga kepada yang bukan Muslim.

Osama selar pemimpin Arab lindungi Zionis

KAHERAH 19 Mei - Osama bin Laden dalam mesej terbarunya yang disiarkan semalam, mengutuk pemimpin-pemimpin Arab kerana sanggup "mengorbankan" negara Palestin.

Osama turut menyampai mesej yang jelas kepada pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah dengan mengatakan beliau tidak mampu menentang Israel secara bersendirian, sebaliknya memerlukan sokongan kumpulan berkenaan.

Pemimpin al-Qaeda itu menegaskan, hanya ada satu cara untuk membebaskan Palestin iaitu dengan menentang 'rejim' Arab yang melindungi rejim Zionis.

Beliau turut menyeru pejuang Islam di Mesir supaya membantu memecahkan tembok sekatan yang dibina oleh Israel di Gaza.

Osama menjelaskan, umat Islam perlu bangkit menentang pemimpin seagama, walau pun ia ditegah oleh agama, kerana berpendapat pemimpin terbabit memerintah tidak mengikut undang-undang syariah.

"Pemimpin berkenaan berkuasa sama ada melalui rampasan kuasa atau dengan sokongan tentera asing.

"Raja dan pemimpin Arab ini mengorbankan Palestin dan Masjid al-Aqsa semata-mata untuk kekal berkuasa. Tetapi, kita tidak akan melepaskan tanggungjawab itu," katanya.

Rakaman video mesej Osama selama 22 minit itu telah disiarkan dalam laman web kumpulan al-Qaeda. Kesahihan rakaman itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Rakaman mesej tersebut disiarkan Jumaat lalu sempena peringatan 60 tahun penubuhan Israel, dengan ikrar kumpulan al-Qaeda untuk terus menentang negara Yahudi itu.

Osama dan timbalannya, Ayman al-Zawahri acap kali membidas pemimpin Arab dengan menyifatkan mereka sebagai pengkhianat.

Beliau turut memanggil pemimpin Arab sebagai "ejen salib dan serigala", sementara penduduk Arab sebagai kawanan biri-biri yang diserahkan kepada jagaan serigala.

"Setiap hari, kawanan biri-biri ini akan berdoa supaya mereka tidak menjadi mangsa serigala," katanya.

Menurut Osama, Israel merupakan sebuah negara yang lemah, tetapi negara Arab tidak pernah menyerang "walau sekali" untuk membebaskan semula Palestin.

Dalam mesejnya kepada Hassan pula, Osaman berkata, pemimpin Hizbullah itu sering mendakwa mempunyai sumber seperti kewangan dan anggota mencukupi untuk menentang Israel.

"Pada hakikatnya adalah sebaliknya. Jika beliau jujur dan ada sumber yang cukup, kenapa beliau tidak menyokong perjuangan pembebasan Palestin," katanya.

Osama turut membidas Hassan kerana membenarkan penempatan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di selatan Lebanon bagi "melindungi Yahudi."

- AP

Askar AS jadikan al-Quran sasaran menembak

BAGHDAD 19 Mei - Parti Sunah Arab yang diketuai Naib Presiden Iraq, Tareq al-Hashemi menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas seorang askar Amerika Syarikat (AS) yang menjadikan sebuah naskhah al-Quran sebagai sasaran latihan menembak.

Perbuatan keji askar berkenaan turut dikutuk oleh Persatuan Ulama di Iraq yang menganggap tentera AS dan kerajaan Iraq sebagai sama-sama bertanggungjawab.

Parti pimpinan Tareq dalam kenyataannya hari ini menegaskan: "Parti Islam Iraq menuntut pentadbiran AS bertindak tegas terhadap perbuatan mencemarkan kesucian al-Quran itu dan turut menggesa kerajaan kami mengambil pendirian sewajarnya berhubung penghinaan yang melampau batas ini."

Persatuan Ulama di Iraq dalam kenyataannya berkata: "Jenayah keji ini memperlihatkan kebencian pemimpin dan anggota tentera penceroboh terhadap al-Quran dan umat Islam."

Lim Guan Eng tekad guna pendekatan Umar Abdul Aziz

BAYAN LEPAS, 19 Mei (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi menyatakan kesediaan menggunakan pendekatan sebagaimana diamalkan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbirannya.

"Bagaimanapun saya tidak mahu pemerintahan saya berakhir seperti Khalifah Umar yang hanya sempat memerintah tiga tahun kerana dibunuh musuh yang tamakkan kuasa dan projek,"

60 Tahun Terjajah, Hamas Kukuhkan Strategi Perjuangan


Jumaat, 16/05/2008 -Gerakan Hamas menegaskan, perlawanan akan tetap menjadi strategi untuk mengembalikan sepenuhnya hak-hak rakyat Palestin yang dirampas. Perlawanan akan menghapus Israel dari tanah Palestin kemudian mendirikan negara Palestin yang merdeka, berdaulat dengan ibukota Al-Quds, meskipun perlu meningkatkan pengorbanan dan membayar harga yang mahal. Gerakan Hamas semalam, Khamis (15/5) dalam majlis memperingati 60 tahun terjajahnya Palestin, menegaskan bahawa perampasan Palestin oleh Israel adalah tragedi paling besar tercatat dalam sejarah Arab dan Islam. Penjajahan ini telah mengubah kehidupan rakyat Palestin menjadi derita panjang yang tidak terperi. Israel mendeklarasikan negaranya di atas tanah Palestin, di atas siraman darah dan hancur berkecainya tubuh rakyat Palestin. Negara penjajah yang didirikan di atas ribuan syahid, cedera parah mangsa menjadi cacat dan penderitaan tawanan Palestin, perampasan tanah untuk penempatan Yahudi, penghapusan peninggalan sejarah dan tempat suci Palestin.

Saya Menulis...


Hari ni hari ahad saya keboringan tak tahu nak buat apa. Saya memang tak minat menulis kat dalam blog ni. selalunya copy paste je dari berita-berita yang ada kat internet. Sekarang saya cuba menenangkan fikiran yang dihentak-hentak oleh kerja yang menimpa-nimpa sebelum ni. 10 hari lagi imtihan akan tiba. Banyak lagi kitab yang tak baca. Entah bila la nk habis kan semua kitab tu. Dulu saya bukan la seorang yang selalu gagal. Entah kenapa sejak sampai ke mesir ni saya malas baca buku. Walaupun pernah gagal tapi tak la menakutkan sangat. Dah balik cuti ke Malaysia tapi tak la menambah kan semangat untuk lebih rajin. Kadang-kadang geram tengok orang lain study. Saya pun boleh study semua kitab-kitab yang ada tapi saya ...
Saya masih sibuk dengan kerja-kerja persatuan. Dia orang asyik tanya bila kerja-kerja tu nak siap tapi bukan nak tolong pun. Kerja tak la susah mana pun tapi buat dua tiga orang memang pening kepala. Mungkin ada orang nak tolong tapi tak mampu nak buat kerja-kerja ni. Saya pun bukan la pakar sangat tapi saya berusaha nak buat sesuatu. Kalau dah kehendak mesti boleh buatnya. Tak pandai belajar lah nanti mesti pandai dan mungkin lebih pakar. Lepas ni saya tidak akan melibat kan diri dengan sebarang projek dah. Bukan tak nak tolong tapi yang lama tak setle lagi. Biar la orang lain yang buat. Ada projek lain nak buat ...
Saya bercadang nak menaik taraf kan lagi blog yang ada ni. Bukan nak buat apa pun tapi biar nampak lebih mantap dan lebih senang nak buka laman-laman web di satu tempat. Mula-mula kenal blog ni dari seorang budak namanya amirul. Dia la yang ajar sampai jadi pakar cam ni. Tapi saya tak mampu lagi nak menjadi guru dalam bab ni. Sebab tu apabila ada yang minta saya mengajar membina blog saya malas nak tolong. Ilmu saya timba bukan secara teori yang betul. Jadi nak ajar bukan la sesuatu yang mudah. Kalau seseorang tu memang minat baru lah boleh faham sebab nak baca html memang memeningkan kalau tak minat yang mendalam memang tak kan faham. Saya bercadang nak mengemaskan lagi blog ni dengan menambah beberapa bahagian yang lebih menarik dipandang mata. Dulu saya pernah bercita-cita nak membina sebuah laman yang ada segalanya. Maksud saya ada bahagian ilmu Al-quran hadis hukum hakam, tv, radio,tarbiah dan lain-lain lagi. Saya akan cuba membinanya selepas ni. Setelah berjaya saya akan mencuba membina satu laman web sendiri ...
Saya akan cuba membina laman web sendiri macam orang lain buat. Setakat ni saya tak jumpa lagi laman web yang ada segalanya. Kalau ada pun lebih cenderung ke satu dua perkara sahaja. Contohnya web mengenai isu semasa, agama, hiburan (yang halal), ilmu sains, teknologi, tarbiah dan lain-lain lagi.Mungkin ruang yang terhad untuk mengisi macam-macam agaknya. Lagi pun kebanyakan web berbayar. Saya perlu memikirkan cara mengatasinya. Ruang web yang terhad mungkin boleh diatasi dengan kerjasama blog. Web sebagai master dan blog sebagai sub perkara yang nak diletakkan.
Bersambung lain kali ...selamat berimtihan

BOIKOT ??? Sejauh Mana penghayatanya.....???



Ini realiti yang berlaku dikalangan kita para Azhari/ah yang menggelarkan diri mereka sebagai pendakwah.Oleh itu, tidak menjadi suatu perkara yang aib dan amat memalukan apabila kita dapati sebilangan besar daripada kalangan kita sendiri yang bercakap 'degar-degar' tentang boikot barangan negara haram israel dan memfatwakan haram membeli serta mengguna barangan tersebut, tetapi sewaktu bercakap sempat lagi bergaya dengan handset jenama 'NOKIA' dan dengan sengaja meninggikan 'ring tone' untuk menarik perhatian umum, sejurus selepas itu masuk ke kedai runcit berdekatan dan keluar dengan membawa 'PEPSI COLA' dan 'CHIPSY'. Sampai bila lakonan dan sandiwara semasa sebegini harus bertapak di dalam jiwa manusia yang mengaku ulama' pewaris nabi dan rasul. Kalau begitu keadaannya, lebih baik menjadi manusia biasa yang lebih bersikap sebagai pemerhati, pendengar setia dan pendiam tetapi tetap dengan prinsip islam. Tiada guna bercakap dan menasihati orang lain tanpa amal dan islah diri kerana natijahnya tidak lain tidak bukan iaitu neraka Allah SWT. Tidak usah melahirkan rasa simpati dan sayang dengan kata-kata dan 'air mata buaya' kepada saudara seakidah sekiranya zahir batin kita dikotori dengan darah mereka dan tangan-tangan kita dipenuhi peluru-peluru hidup musuh untuk menembusi jantung hati anak-anak palestin...

Artikel ni saya copy dari suara kampus edisi Syubro. Ust Nik Azran yang tulis artikel ni. Saya bukan curi tapi mintak izin dari pengerusi syubro. Semoga ramai yang sedar ...