Kau pergi jua.....


Beberapa orang sahabat telah pulang ke tanah air untuk bertemu keluarga tercinta.selamat berjuang semua.tunggu kepulangan ku nanti.....

Pertama di dunia: Buku panduan ibadat di angkasa


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menerbitkan sebuah buku mengenai garis panduan bagi umat Islam melaksanakan ibadah di angkasa lepas.

Buku yang pertama seumpamanya di dunia itu diterbitkan seiring dengan penghantaran angkasawan negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Oktober nanti.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaludin Jarjis memberitahu sidang akhbar di sini bahawa buku bertajuk "Pelaksanaan Ibadah di International Space Station, ISS" itu bakal dijadikan panduan oleh angkasawan negara bagi mengerjakan ibadah di sana nanti.
Dimuatkan dalam buku itu, antaranya cara beristinjak, menentukan waktu solat dan qiblat serta menentukan waktu puasa.

Mustafa berkata penerbitan buku itu adalah hasil rumusan seminar Islam dan Kehidupan di Angkasa anjuran Agensi Angkasa Negara dan Jakim pada April tahun lepas selain perbincangan dengan 14 mufti seluruh negara.Beliau berkata buku panduan juga akan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Arab, serta bahasa-bahasa lain bergantung kepada permintaan.

Indonesia halalkan dadah dalam masakan

Memiliki ganja masih menjadi satu jenayah di Indonesia, tetapi chef yang menggunakan herba itu sebagai satu tradisi dalam masakan kari tidak perlu ditahan, kata naib presiden Jusuf Kalla kepada media tempatan.
Tukang masak di wilayah Aceh dan rantau lain di utara pulau Sumatera berkata, mereka menggunakan sedikit daun ganja hancur atau bijinya sebagai herba dalam beberapa masakan.

Bercakap kepada media kelmarin, Jusuf berkata, tiada jalan Indonesia akan menghalalkan atau menjadikan ganja bukan satu jenayah seperti sesetengah negara di Eropah barat.

“Tidak mengapa menggunakannya sebagai perasa makanan, tetapi ia tidak boleh dihalalkan sepenuhnya mengikut undang-undang,” kata Jusuf kepada The Jakarta Post.

Pakaian seksi peragawati GT Jepun

Pakaian peragawati sukan bermotor GT Jepun yang seksi dan terdedah mendapat perhatian Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen mahukan Kementerian Belia dan Sukan lebih sensitif dan memastikan ia tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Isu itu dibangkitkan oleh Datuk Ir. Hasni Mohammad (BN-Pontian) yang mahukan kementerian tersebut menyatakan pendirian terhadap model-model dari Jepun yang memakai pakaian seksi semasa berlangsungnya perlumbaan GT itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, S. A Vigneswaran berkata, setiap penganjuran acara sukan di negara ini perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan antaranya memahami, mematuhi dan menghormati adat resam Malaysia.

Pelajar menangis diarah buka tudung

CALIFORNIA: Pertengkaran mengenai tudung kepala dalam dewan makan Sekolah Tinggi Seaside antara penyelia sekolah dan seorang pelajar berusia 13 tahun mendorong pertubuhan Islam mendesak pegawai berkenaan meminta maaf secara terbuka.
Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) cawangan San Francisco/Bay Area, berkata gadis itu diarah membuka tudung oleh penyelia sekolahnya Selasa lalu.Selepas menjelaskan dia memakai tudung kerana perintah agama, penyelia berkenaan, menurut kenyataan CAIR, kemudian memberi arahan di depan lebih 100 pelajar lain: “Anda perlu menanggalkan tudung itu sekarang.”Gadis itu, yang mengikuti kelas algebra pada musim panas, menangis tetapi tidak menanggalkan tudungnya.

CAIR dan Sekolah Tinggi Seaside enggan mendedahkan keluarga pelajar itu. Pegawai sekolah berkata, penyelia terbabit menawarkan untuk meminta maaf.“Pekerja yang terbabit dalam kejadian itu menawarkan untuk meminta maaf pada hari kejadian. Kami ingin meminta maaf secara persendirian, kerana keadaan itu,” kata pengetua sekolah itu, Sydney Renwick.

Namun, Pengarah Eksekutif CAIR, Safaa Ibrahim, berkata dalam satu kenyataan ‘disebabkan pelajar itu dihina di depan khalayak ramai, memang wajar meminta maaf atau mengeluarkan kenyataan terbuka untuk meringankan kerosakan yang dicetuskan tindakan tidak boleh diterima penyelia itu.’

Penyelaras perhubungan media CAIR, Abiya Ahmed, berkata keluarga gadis itu mahukan permohonan maaf secara terbuka. Safaa berkata, ‘menjadi satu bentuk pelanggaran peraturan meminta seorang pelajar melanggar prinsip agamanya dalam usaha mendapatkan pendidikan.’
Renwick berkata, sekolah berkenaan memang mempunyai dasar melarang pemakaian topi, skaf dan perhiasan kepala lain tetapi ia perlu dijalankan dengan sedikit kelonggaran. – Agensi

“Anda tidak boleh mempunyai dasar tertentu yang merangkumi semua keadaan. Semua dasar perlu bersifat umum untuk menyampaikan apa hasratnya.“Kami menganggap ini sebagai kejadian terpinggir. Ia tidak sepatutnya berlaku dalam sebarang cara atau bentuk. Ia sukar untuk semua orang. Banyak sensitiviti di sekelilingnya,” kata Renwick. – Agensi

Sejuta tanda tangan mula dikutip pertahan al-Aqsa

DOHA: Ulama Islam melancarkan kempen mendapatkan sejuta tandatangan dari seluruh warga Muslim di seluruh dunia dalam satu petisyen mendesak masyarakat antarabangsa melindungi masjid al-Aqsa dari dimusnahkan Israel. Kerja pembinaan yang dilakukan Israel berhampiran masjid itu, kawasan suci ketiga dalam Islam, mencetuskan bantahan penduduk Palestin dan membangkitkan kemarahan umat Islam. Ia menyebabkan kempen itu dilancarkan sejak Februari lalu. “Sejuta tanda tangan akan dikutip untuk mempertahankan al-Aqsa dalam surat paling panjang yang akan dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, untuk menekankan status mulia al-Aqsa kepada semua umat Islam,” kata Ayedh Al-Qahtani, pegawai badan kebajikan Qatari Islamic, penganjur kempen itu kepada akhbar.

ANTARA MENGUMPAT @ GHIBAH YANG DIBOLEHKAN

1) Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau orang yang mempunyai hak memutuskan sesuatu perkara dalam rangka menuntut haknya.

2) Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran agar orang yang membuat maksiat kembali ke jalan yang benar.Pembolehan ini dalam rangka isti'anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat kejalan yang hak.Selain itu,ia merupakan kewajipan manusia untuk malakuakn amar ma'ruf dan nahi mungkar.Setiap muslim sering bantu membantu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah,hingga nyata yang haq dan bathil.


3) Istifta' (meminta fatwa) akan sesuatu hal.Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa,untuk lebih berhati-hati,ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan dan tidak melebih-lebih.


4) Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan.Contohnya apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid'ah dan kita khuatir terhadap bahaya yang menimpanya.Mkaka kita wajib menasihati dengan cara yang menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata-mata.


5) Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid'ah seperti meminum minuman keras,menyita harta orang secara paksa,memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya.Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambah cerita sepanjang niat kita dalam melakuakn hal itu hanya untuk kebaikan sahaja.

6) Panggilan seseorang.Bila seseorang yang telah dikenali dengan julukan seperti si pincang,si pendek,si bisu,si buta,atau sebagainya,maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain mengerti,maka haram hukumya.Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik,maka lebih baik memanggilnya dengan nama tersebut.

Imam Besar Al-Azhar doa selatan Thai pulih

BANGKOK 25 Jun – Imam Besar Al-Azhar, Dr. Muhammad Sayid Tantawy berdoa keamanan akan kembali wujud di tiga wilayah Selatan Thailand yang majoriti penduduknya adalah orang Islam dan rundingan antara kerajaan dan puak pemisah akan dapat diadakan.

Jurucakap Kerajaan Thailand, Dr. Yongyuth Mayalarp berkata, Muhammad memberitahu Perdana Menteri Surayud Chulanont bahawa Islam, sebagaimana agama lain, menginginkan kedamaian dan berharap pergolakan di wilayah selatan negara itu akan pulih dalam masa terdekat.

Semasa lawatannya di sini, Muhammad, yang dianggap sebagai seorang tokoh paling berpengaruh dalam kalangan pemimpin Islam di dunia dan mengetuai sebuah universiti Islam tersohor, akan dianugerahkan ijazah kehormat oleh Prince of Songkhla University. Jurucakap Kerajaan Thailand itu berkata, Perdana Menteri mahu bantuan daripada Al-Azhar terutamanya dalam pengajaran bahasa Arab dan mata pelajaran agama dan pensyarah daripada universiti memandangkan Narathiwat University akan menawarkan kursus seumpamanya.

Jangan kahwini wanita yang enam sifatnya

Imam Al-Ghazali ada mencatatkan,jangan engkau kahwini wanita yang enam sifatnya.

1) Wanita Ananah
_ Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu serta setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit untuk kepentigan dirinya.

2) Wanita Hadaqah
- Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada setiap sesuatu,lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membeli.

3) Wanita Mananah
- Wanita yang suka membangkit-bangkit terhadap suami.Wanita ini sering menyatakan,"Aku membuat ini keranamu".

4) Wanita Baraqah
- Wanita Wanita ini ada dua makna; Pertama wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.Keduanya dia akan marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

5) Wanita Hananah
- Wanita yang mengatakan kasih sayangnya pada lelaki yang lain,yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suaminya yang lain.

6) Wanita Syadaqah
- wanita ini cukup untuk dikenali iaitu wanita yang mempunyai sifat suka banyak cakap dan tidak menentu serta bising.

Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah dan baik akhlak dan peribadinya.Rasulullah S.A.W bersabda kahwinilah wanita itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya,kecantikannya,keturunannya dan AGAMAnya.Maka pilihlah pada agamanya adalah lebih baik nescaya akan membawa kerahmatan,kebahagiaan dan kesenangan yang berpanjangan.Ketahuilah mereka bahawa kecantikan itu adalah bersifat sementara dan ianya umpama sebilah mata pedang yang mampu memenggal leher seorang lelaki.

Akil Hay ditahan JAIS

pendakwah dan penyanyi nasyid, Akil Hayy telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada malam 23 Jun lalu dan akan disoalsiasat oleh jabatan berkenaan esok (26 Jun 2007).

Beliau yang dihubungi hari ini, berkata, soal siasat tersebut dibuat atas dakwaan berceramah tanpa tauliah di bawah enakmen undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor.

Dalam kejadian tersebut Akil Hayy ditahan oleh unit penguatkuasa Jais ketika beliau berceramah di surau Al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil, Sri Kembangan, Serdang, Selangor.

Sementara itu, dakwa penyanyi yang bernaung di bawah Inteam records dengan kerjasama EMI, ceramah agama yang disampaikan pada malam itu bertajuk 'silaturrahim' dan tidak ada mengena isu politik.Ceramah tersebut dihadiri semua masyarakat tanpa mengira fahaman mana-mana politik.Beliau berkata, motif ceramah tersebut adalah untuk mengerat tali siratul rahim antara satu sama lain.

Ceramah tersebut juga katanya, dilakukan di dalam surau dan tidak melebihi jam 12.00 tengah malam.Namun katanya, belum lagi beliau berada di pentas beberapa anggota polis dan unit penguatkuasa Jais sudah berada di surau berkenaan.Sebaik saja beliau selesai berceramah beliau didatangi beberapa pegawai Jais dan mereka menyatakan bahawa beliau ditahan kerana berceramah tanpa tauliah.Beliau terus dibawa ke Balai Polis Seri Kembangan.

Bagaimanapun dakwanya, setibanya di balai berkenaan beliau tidak pun diambil keterangan oleh pihak polis sebaliknya pegawai Jais sendiri mengambil kes tersebut."Saya tak faham mengapa saya tidak dibawa ke pejabat Jais sebaliknya dibawa ke balai polis. Adakah pihak Jais sengaja mendera minda dan jiwa saya kerana kes itu langsung tidak dilibatkan dengan polis.

"Bahkan setelah saya bersama beberapa orang yang menemani saya berada hampir tiga jam di balai polis, tiba-tiba pegawai Jais yang bernama Mohd Rizalnuddin mengambil keterangan saya dan memberi jaminan agar saya untuk hadir ke pejabat Jais di Shah Alam esok," katanya yang pertama kali ditahan sejak terlibat dengan dunia dakwah dan artis.

Katanya, walaupun beliau sedar majlis tersebut dipantau pihak berkuasa beliau tetap menyampaikan dakwahnya bagi menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran."Antara intipati dakwah saya ialah menyuruh hadirin menutup aurat, para remaja tidak mendekati gejala dadah, tidak terlibat dengan gejala sosial dan jenayah."Kerana itu saya bersyukur kerana kes saya ini bukan kerana terlibat dengan jenayah sebalik saya ditahan kerana menegak agama Allah," katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya beliau meminta semua jemaah Islam memohon doa agar Allah SWT memberi petunjuk kepada mereka menzalimi orang yang menegakkan agama Allah. - mks.

HUKUM MENGGUGURKAN JANIN

1. Janin mengidap penyakit yang ringan(tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'

a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.

b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.

PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?

Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.

Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : "Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak)." (Surah Al-An'am : 151)

Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurakn janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha' Mazhab Maliki.

Lebih 500 sertai bantahan pengurniaan 'Sir' pada Salman Rushdie di Kuantan

Lebih 500 umat Islam berhimpun secara aman di perkarangan Masjid Al Fatah, selepas solat Jumaat, dekat sini membantah pengurniaan pingat ‘Knigh Bachelor’ (membawa gelaran Sir) kepada penulis novel ‘Surah Syaitan’ kelahiran India, Salman Rushdie.

Mereka meneriak slogan ‘jahanam...jahanam...jahanam Salman, Hidup Islam...Hidup Islam’ dan bertakbir sambil mengutuk kerajaan British yang mengurnikan darjah kebesaran kepada penghina Islam itu.

Salman Rusdie, 60, anak seorang Muslim dilahirkan di Bomby pada 19 June 1947 dan bersekolah di Gereja Jhon Conon kemudian di King Kolej, Cambridge. Pada tahun 1988 dia menulis novel ‘The Satanic Versus (surah Syaitan) yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Pada 14 Febuari 1989 pemimpin Rupblik Islam Iran, Ayotullah Khomieni mengeluarkan fatwa supaya Salman Rusdie dihukum bunuh, Sejak itu Salman tidak muncul di khalayak ramai dan bersembunyi di Britain.

keberanian musuh menghina Islam adalah berpunca daripada kelemahan Islam yang tidak berkuasa.musuh-musuh Islam bukan memperlekehkan Islam malah menghina Islam, penganutnya dan menghina Allah SWT.

Justeru, Islam mesti didaulatkan, golongan Islam mesti diberi kuasa memerintah supaya agama ini dapat dipelihara kesuciannya daripada penghinaan musuh.

Anak Melayu Juara pertandingan sediakan arak!

Image 22 Jun - Apa nak jadi dengan umat Islam di negara ini? Tidak cukup dengan pelbagai gejala yang melanda, kini disebut pula sebagai juara dan pakar penyediaan arak Malaysia!
Tiga orang anak Melayu yang menyertai pertandingan Belvedere Bartender of the Year 2007 (Malaysia) anjuran Syarikat Malaysia Belvedere Vodka dilaporkan menguasai pertandingan ini.


ImageAcara ini melibatkan penyediaan Koktail bagi minuman arak jenis Belvedere Vodka dan setiap peserta dikehendaki menyediakan salah satu dari tiga jenis Belvedere Vodka iaitu Belvedere Pure, Belvedere Cytrus atau Belvedere Pomarancza.Program yang diadakan Frangipani Bar, Bukit Bintang turut dimeriahkan oleh artis Melayu dari Sarawak iaitu Camelia.

Image

Mohd Adzhar Ahmad, bartender dari Qba, The Westin Kuala Lumpur telah diistiharkan sebagai pemenang dan Rizal Junior Johari dari QBA juga telah memenangi tempat kedua Tempat ketiga pula jatuh kepada Mohd Erik Fiza Zulkifle dari The Loft Kuala Lumpur.

Ini hanyalah sebahagian kecil dari gejala-gejala yang telah merosak anak-anak Melayu. lantaran inginkan keseronokkan dunia dan kemewahan wang ringgit beserta sedikit kemasyuran mereka telah dipedaya dan akhirnya terus tenggelam hanyut dalam dunia hitam ini.

Fikir-fikirlah apa yang akan kita lalui selepas ini. Sesungguhnya setiap amal itu akan dihitung oleh malaikat, dan akhirat kelak kita akan nikmati hasil yang kita usahakan pada hari ini. Baik buruk telah kita diajarkan maka pandai-pandailah bawa diri. Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” - mks.

Sepotong Roti Penebus Dosa

Abu Burdah bin Musa Al-Asyari meriwayatkan, bahwa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: "Wahai anakku,ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti."
Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga dia n tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelimang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.
Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.
Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, karena disangka sebagai orang miskin.
Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut,sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: "Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku."
Orang yang membagikan roti itu menjawab: "Kamu dapat melihat sendiri,roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti."
Mendengar ungkapan dari orang yang membahagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.
Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ia ternyata menjadi penebus dosa.

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
1 Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2 Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3 Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4 Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan
mereka.
5 Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada
saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan
kepada kamu 7 perkara, iaitu :
· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Surau, masjid jadi lokasi pelajar ponteng


SHAH ALAM 17 Jun – Dalam usaha kerajaan memperluaskan peranan institusi masjid, lain pula jadinya pada surau dan masjid di sekitar Klang.

Kebanyakan rumah ibadat itu dikenal pasti menjadi tempat persembunyian pelajar yang ponteng sekolah untuk mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, terdapat surau dan masjid menjadi lokasi persembunyian pelajar ponteng kerana sunyi pada waktu siang.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak jawatankuasa surau dan masjid merancang aktiviti tertentu seperti kelas agama pada siang hari bagi mengelakkannya dijadikan ‘sarang’ pelajar ponteng sehingga boleh menjurus kepada gejala maksiat atau dadah.

Agensi taja pelajar perlu buat tapisan ketat

KUALA TERENGGANU 17 Jun – Semua agensi yang menaja pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir diminta membuat tapisan yang lebih ketat selepas ini bagi mengelakkan masalah berbangkit.

Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia di Kaherah, Mesir, Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti berkata, tapisan itu wajar supaya pelajar yang dihantar ke Mesir sihat dari segi fizikal dan mental.

Menurutnya, selain dua aspek berkenaan, latar belakang keluarga juga perlu diperiksa bagi mendapatkan maklumat yang terperinci mengenai pelajar-pelajar berkenaan.

Konflik Hamas - Fatah: Pelantikan Salam tidak sah!


KUALA LUMPUR, 17 Jun (Hrkh) - Pelantikan Salam Fayyad sebagai Perdana Menteri Palestin baru bagi menggantikan Ismail Haniyeh yang dipecat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas adalah tindakan yang tidak sah, sekaligus bercanggah dengan Majlis Perundangan Palestin. Pelantikan itu disifatkan melanggar perlembagaan Palestin sendiri, di mana Perkara 67 dan 79, Majlis Perundangan Palestin (MPP) menyatakan bahawa 'mana-mana kerajaan baru mestilah mendapat persetujuan majlis itu (MPP) sebelum ahli kabinet baru yang dilantik mengangkat sumpah di hadapan Presiden'.

Seorang Pelajar Malaysia Meninggal Dunia di Mansurah


Seorang pelajar Malaysia, Muhammad bin Ishak (Terengganu) meninggal dunia pada pukul 1.00pg waktu tempatan di Hospital Dauli, akibat cedera parah. Banyak kesan tikaman di seluruh badan termasuk di leher, mata, peha dan yg paling teruk di bahagian kepala. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 7 malam, hari Rabu 13 Jun 2007, di sebuah rumah sewa pelajar Malaysia di kawasan Dirasat, Mansurah, Mesir.

Mangsa dikatakan diserang dari belakang dengan menggunakan tiga bilah pisau. Beliau yang cedera setelah diserang berkali-kali, lari ke anjung rumah dalam keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian penduduk tempatan yang berada di pasar, berhampiran tempat kejadian. Mereka cuba untuk membantu mangsa dengan naik ke tempat kejadian dan mendapati beliau dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah.

Penduduk tempatan berbangsa Arab tersebut bergegas menghantar mangsa ke Hospital Dauli untuk rawatan, dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di sana. Di samping itu, mereka juga telah menangkap suspek untuk diserahkan kepada pihak polis. Sehingga kini, pihak polis masih melakukan siasatan ke atas suspek, terhadap kejadian yang berlaku.

Mangsa adalah pelajar tahun tiga Fakulti Usuluddin, Jurusan Tafsir, Universiti Al-Azhar, cawangan Mansurah. Suspek juga adalah pelajar Malaysia di cawangan yang sama dan mengenali mangsa.

Al-Fatihah

Dunia pujuk Fatah, Hamas

Dua kumpulan pejuang Palestin diminta henti sengketa, 116 terkorban

KAHERAH: Masyarakat dunia khususnya negara Arab menyuarakan kebimbangan di atas ketegangan di Gaza yang disifatkan berkemungkinan menular ke Tebing Barat dan meminta pergerakan Hamas dan Fatah menghentikan sengketa bagi mengelak mengkucar-kacirkan rantau berkenaan.

Amerika Syarikat menyuarakan rasa amat bimbang di atas perkembangan terbaru itu dan memberi sokongan padu terhadap keputusan Mahmoud membubarkan kerajaan campuran berusia tiga bulan dan mengisytiharkan perintah darurat, lewat kelmarin.

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, menggesa satu gencatan senjata segera diadakan ‘atas nama Arab dan demi kerjasama semua.

“Pertempuran ini amat bahaya dan mengancam aspirasi dan perjuangan Palestin,” katanya selepas menghadiri mesyuarat wakil tetap 22 negara anggota Liga Arab di sini, semalam.

Di MESIR, kerajaan mengerah pasukan polisnya meningkatkan keselamatan sempadan dengan Gaza. Pihak berkuasa turut meletakkan kereta perisai dan meriam air bagi mengelak sebarang kemungkinan kebanjiran penduduk Palestin cuba keluar dari Gaza.

Polis juga memeriksa terowong bawah tanah di sempadan itu yang boleh dibolosi penduduk malang terbabit.

Di AMMAN, pemerintah Jordan, Raja Abdullah menghubungi Mahmoud supaya segera menamatkan keganasan itu kerana ‘ia hanya memenuhi cita-cita musuh Palestin’, kata satu kenyataan rasmi.

Perdana Menteri Jordan Marouf al-Bakhit menuduh pihak asing – merujuk kepada Iran, sebagai penyokong utama Hamas, hanya memburukkan lagi keadaan.

Katanya, jika pertempuran itu menular ke Tebing Barat, ia hanya melemahkan kedudukan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan mencetuskan masalah bagi Amman. Kira-kira 5.5 juta penduduk Jordan adalah rakyat Palestin.

Di RIYADH, kerajaan Raja Abdullah lebih mengambil pendekatan berdiam diri, dipercayai kecewa dengan kegagalan usahanya sebagai orang tengah. Pemerintah Saudi itu mempertaruhkan kredibilitinya dalam satu mesyuarat di Makkah, Februari lalu antara Mahmoud dan pemimpin Hamas Khaled Meshaal dan disusuli kerajaan campuran yang lumpuh kelmarin apabila Mahmoud mengumumkan pembubarannya.

Di DAMSYIK, Damsyik menegaskan ia mengikuti perkembangan itu dengan penuh kecewa dan menggesa perpaduan Palestin diutamakan.

“Semua perlu bersatu bagi memerangi Israel, bukan sebaliknya.” Menteri Luar Mesir, Ahmed Aboul Gheit menggesa kedua-dua pihak bekerjasama dan menyatakan sokongan padu terhadap Mahmoud.

Di WASHINGTON, Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice mengulangi sokongan padu terhadap Mahmoud dan tindakannya membubarkan kerajaan campuran itu.

Di LONDON, Setiausaha Luar Britain Margaret Beckett menyifatkan keadaan di Gaza sebagai amat membimbangkan dan menggesa semua pihak bersetuju diadakan gencatan senjata segera.

Di BRUSSELS, Pesuruhjaya Bantuan Kemanusiaan Eropah Louis Michel menggesa satu persetujuan diadakan di Gaza bagi membolehkan mangsa yang cedera dirawat selain menghantar bantuan makanan, air dan perubatan. – AFP/AP

Wanita Membotakkan kepala Untuk Berlakon


Antara produk Islam Hadhari sejak sekian lama ia dilancarkan sebagai satu konsep dan prinsip hidup masyarakat Negara ini ialah lahirnya pelakon yang sanggup melakukan apa sahaja seperti Syarifah Amani Syed Zainal Rashid .

Sebelum ini beliau telah banyak kali membuat penampilan yang kontraversi termasuklah kenyataannya yang dianggap menghina bahasa dan bangsa sendiri . ("I sound stupid if I speak Malay" )

Juga beliau tergamak untuk tampil melakukan aksi yang pastinya menjolok mata seperti apa yang lakukannya dalam filem Gubra .

Kali ini , beliau sekali lagi menggemparkan Negara dengan kesanggupan membotakkan kepala untuk tampil dalam filem terbaru lakonannya yang berjudul Muallaf .

Hukum Membotakkan Kepala bagi kaum Wanita .

1. Dari Ibnu Abbas Rhma berkata :

نهى النبي أن تحلق المرأة رأسها .

Rasulullah saw. telah melarang perempuan mencukur ( membotakkan ) kepalanya .

Dikeluarkan oleh An Nasaa'I Kitabuz Ziinah , bab Larangan Perempuan mencukur kepalanya

2. Abi Musa Al Asya'ri Rha. Berkata :

برئ رسول الله من الصالقة و الحالقة

Rasulullah saw. berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah .

Dikeluarkan oleh Imam Bukhari

Ulasan :

Membotakkan kepala bagi wanita dalam keadaan mereka menerima musibah dilarangkan oleh Rasulullah saw. sehingga baginda melafazkan bahawa baginda akan berlepas diri darinya , inikan pula membotakkan kepala dalam keadaan aman tanpa sebarang musibah .Pastinya ia lebih dimurkai oleh Nabi saw.

3. Dari Ibnu Abbas Rhma :

قال رسول الله ليس على النساء حلق و إنما على النساء التقصير

Rasulullah saw. telah bersabda : dilarang ke atas perempuan bercukur ( membotakkan ) tetapi dibenarkan bagi perempuan memotong sedikit dari rambutnya .

Riwayat Abu Daud di dalam sunannya Bab al Manaasik al Hajj

Walaupun asbab wurud ( sebab datang ) nya hadis ini berkait dengan tahallul dalam ibadah haji , maka jelas hukumnya. Betapa dalam masaalah ibadah seperti tahallul dari ihram haji atau umrah , seorang wanita dilarang mencukurkan kepalanya , inikan pula dalam keadaan di luar ibadah , tentu sahaja terlebih aula dilarang .

Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim jilid keempat jelas menghuraikan persoalan ini .

أما قصر الشعر و تقصيره من أجل الزينة و التجمل فهو جائز إذا كان بإذن زوج بشرط ألاّ يصل إلى حد تشبه بالرجال

Maksudnya :

Adapun menggunting rambut dan memendekkannya ( bagi seorang perempuan ) untuk berhias dan kelihatan cantik , maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai kepada had menyerupai kaum lelaki .

Dalam huraian yang menyerupai masaalah di atas , Dr. Wahbah az Zuhaili menambah syaratnya :

و ألاّ يكون ذلك بأيدي رجال الأجانب

Bahawa tidaklah yang sedemikian itu ( merujuk kepada menggunting dan memendek rambut ) dengan tangan lelaki ajnabi ( lelaki bukan mahram sebagai tukang gunting )

Kalau dilihat dalam kitab Fathul Baari , Jilid ke 10 muka surat 375 : lebih jelas membahaskan betapa Allah menghiasi perempuan dengan rambut yang cantik dan unik .

Maka Islam mengharamkan perempuan menyambung rambutnya atau memakai rambut palsu . Pengharaman tersebut kerana merubah anugerah Ilahi . Maka , betapa pula dicukur dan dibotakkan kepala ?

Kalau menyambung rambut hukumnya haram , inikan pula membotakkannya bagi seorang wanita , hukumnya adalah juga tetap haram .

Ramai lelaki ‘beli’ wanita asing jadikan isteri


KUALA LUMPUR 24 Mei – Semakin ramai lelaki di negara ini ‘membeli’ atau mencari wanita dari negara asing untuk dijadikan teman hidup mereka, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Ini berlaku ekoran terdapat segelintir ejen pencari jodoh di negara asing yang berperanan mencari wanita untuk lelaki Malaysia berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak lelaki itu.

Tambahnya, ejen itu hanya mencari teman hidup berdasarkan maklumat yang diberi oleh lelaki itu tanpa bersemuka dengan mereka.

‘‘Setelah berkahwin, pelbagai masalah timbul kerana budaya tidak sama, salah faham dan wujud juga sindiket menipu kaum lelaki,” katanya.

Imam setuju berhenti merokok


BANGI 13 Jun – Muzakarah Imam-Imam Peringkat Kebangsaan 2007 yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini sebulat suara bersetuju supaya imam di negara ini berhenti merokok.

Dalam satu undian tidak rasmi yang diadakan secara spontan pada sesi dialog selepas pembentangan kertas kerja ketujuh itu, hampir semua imam yang hadir di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) itu mengangkat tangan tanda setuju.

Artis nasyid mahu Ina Naim dan Suhaimi jaga adab Islam

AGAK memeranjatkan apabila mengetahui bekas tunang Mawi, Nor Diana Mohd. Naim atau lebih dikenali sebagai Ina Naim, 23, sudah pun mengikat tali pertunangan dengan bekas anggota kumpulan In-Team, Mohd. Suhaimi Saad, 27, pada 6 Jun lalu.
“Bagi kami di Hijjaz akan beri sokongan dan kami percaya Suhaimi mampu menjaga penampilannya lebih-lebih dia adalah guru di sebuah sekolah agama,” katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mungkinkah Bandaraya Kuala Lumpur akan tenggelam akibat banjir?


KUALA LUMPUR, 13 Jun(Hrkh) -
Berjuta-juta penduduk warga kota harus berjaga-jaga, kemungkinan boleh berlaku banjir besar yang menenggelamkan bandaraya Kuala Lumpur, sekiranya dalam jangka panjang, pembangunan tidak terkawal terus berlaku di kawasan tadahan hujan di 'upstream' Lembah Kelang.

Universiti Al-Azhar Membuat Satu Kejutan


Rektor Universiti Al-Azhar, Prof. Dr. Ahmad Tayyib bakal membuat satu perubahan apabila beliau menegaskan bahawa seluruh keputusan para mahasiswa Universiti Al-Azhar akan dipaparkan di laman web rasmi Universiti Al-Azhar tidak lama lagi sejurus dua minggu selepas tamatnya peperiksaan.

HadiAh hARi jADi ku

Ni lah Satu2 Nya Hadiah Hari Jadi Ku Dari Presiden PMRAM ...Ust Hairul Nizam Mat Husin...

Kenapa Terlalu Mudah Membid`ahkan Amalan Seseorang

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه



Pendahuluan

Islam adalah agama yang sangat sempurna dari sudut aqidah dan syariat. Dari sudut aqidah, tidak berlaku sama sekali perbezaan aqidah antara seorang rasul yang diutus dengan rasul yang lain. Kesemua rasul-rasul membawa aqidah yang satu iaitu mentauhidkan Allah Taala daripada segala sifat yang mendokong unsur-unsur syirik.

Namun dari sudut syariat yang merupakan hukum-hukum feqh yang memandu setiap perbuatan para mukallaf, berlaku perbezaan antara setiap para nabi dengan nabi yang lain. Sebagai contoh golongan Bani Israel sebelum kedatangan Rasulullah diharamkan daripada memakan unta namun Rasulullah datang dengan syariat yang baru dengan membenarkan manusia yang beriman kepada Allah untuk memakan daging unta.

Oleh itu, syariat yang dibawa oleh Rasulullah dicipta khusus oleh Allah bagi menjadi satu perundangan hidup yang akan bersesuaian dengan semua keadaan dan masa bermula dengan pengutusan Nabi Muhammad s.a.w sebagai penutup kepada semua nabi-nabi dan rasul terdahulu sehinggalah menjelangnya kiamat.

Jawapan Kepada Soalan

Masyarakat muslim pada hari ini sering disibukkan dengan persoalan yang berhubung kait dengan permasalahan Sunnah dan Bid`ah yang banyak mengelirukan pemikiran masyarakat sehingga berlakunya tindakan sebahagian masyarakat yang membid`ahkan sebahagian amalan masyarakat Melayu di Malaysia khususnya atas alasan bahawa perbuatan dan amalan tersebut tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Sememangnya tidak dinafikan di dalam masyarakat Melayu terdapat banyak tradisi dan amalan yang diwarisi sejak zaman berzaman yang tidak dilakukan oleh Rasulullah pada zaman baginda secara seratus peratus. Contohnya amalan membaca Yasin pada malam Jumaat, mengadakan tahlil dan kenduri arwah, mengadakan rumah terbuka sempena hari raya dan menyambut kelahiran Rasulullah. Namun, adakah amalan-amalan ini akan menjadi haram dan bid`ah hanya semata-mata Rasulullah tidak melakukannya?

Mana-mana individu yang terus mengharamkan amalan-amalan ini semata-mata dengan hujah ”tidak dilaksanakan oleh Rasulullah”, tindakan tersebut adalah silap kerana setiap perbuatan tersebut perlu diteliti secara ilmiah adakah di sana sebarang dalil yang mengharamkan perlaksanaan perbuatan tersebut secara langsung atau tidak.

Sebagai contoh, apakah sebenarnya sambutan ”Maulidurrasul”? Bagaimana cara perlaksanaan majlis tersebut? Adakah majlis itu diselang-seli dengan acara-acara yang diharamkan oleh Allah?

Seandainya maksud perayaan menyambut ”Hari Kelahiran Rasulullah” itu adalah satu majlis yang diadakan untuk mengingati Rasulullah yang diisi dengan ceramah agama, bacaan syair-syair Arab seperti berzanji dan Burdah Imam Al-Busoiri yang memuji peribadi Rasulullah, memberi hadiah kepada faqir miskin dan sebagainya, maka majlis ini adalah dibenarkan oleh Islam sekalipun Rasulullah sendiri tidak menyambut hari kelahirannya secara jelas.

Kita bukan ingin mencipta amalan baru di dalam Islam. Kita hanya ingin membuat satu langkah untuk mengaturkan satu program yang diselitkan dengan amalan-amalan yang dibenarkan oleh Islam.

Islam meminta penganutnya agar cintakan Rasulullah dan membahagiakan masyarakat yang kurang bekemampuan. Lalu masyarakat Islam di Malaysia dan negara-negara lain mengadakan sambutan Maulid Al-Rasul dengan mengadakan ceramah, memuji Rasulullah dan memberikan hadiah untuk masyarakat faqir miskin yang kesemuanya adalah untuk merealisasikan makna ”cintakan Rasul” dan ”membantu orang miskin”.

Kesimpulan awal yang boleh diutarakan kepada sidang pembaca ialah: mengadakan satu bentuk pendekatan baru yang menyokong asas-asas Islam adalah dibenarkan dan bukanlah perkara yang haram dan diada-adakan di dalam Islam (bid`ah). Tugas untuk memastikan program yang dilaksanakan dan amalan yang dijalankan bertepatan atau tidak dengan Islam adalah tugas para fuqaha. Orang yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu Islam sama sekali tidak berhak untuk menghukum sesuatu perkara dengan label ”haram” dan ”bid`ah” hanya semata-mata kerana alasan Rasulullah tidak membuat acara dan tindakan tersebut bahkan banyak kes yang menunjukkan bahawa orang yang mengatakan Rasulullah tidak melakukan perkara begini dan begini, orang tersebut sebenarnya tidak menjumpai hadith-hadith yang menunjukkan bahawa sebenarnya Rasulullah sendiri pernah melakukan perkara tersebut.

Oleh kerana pemahaman yang baik berkaitan dengan Sunnah dan Bid`ah ini adalah satu perkara yang sangat penting, Saya akan membincangkan secara panjang lebar perkara-perkara yang berkaitan dengan soalan yang telah ditujukan kepada Saya dengan membahagikan perbincangan ini kepada beberapa tajuk kecil yang berkaitan rapat dengan soalan yang diutarakan.

Pembahagian Manusia Kepada Dua Golongan: Muqallid Dan Mujtahid
Di dalam ilmu Usul Feqh, manusia itu terbahagi kepada dua golongan;

1. golongan yang mempunyai keilmuan Islam yang begitu hebat dan memenuhi syarat-syarat yang tertentu sehingga mereka layak untuk mengeluarkan hukum-hakam feqh. Mereka ini digelar sebagai golongan mujtahid. Syarat-syarat yang melayakkan mereka untuk sampai ke satu peringkat sehingga mampu mengeluarkan pandangan berdasarkan dalil-dalil syarak (ijtihad) tidak akan dibincangkan di ruangan ini kerana perbahasannya terlalu panjang yang akan didapati di dalam kitab-kitab Usul Fiqh.

2. golongan yang tidak mempunyai tahap keilmuan yang begitu hebat dan tidak memenuhi syarat-syarat seorang mujtahid. Atas dasar mereka tidak memenuhi syarat-syarat seorang mujtahid, golongan ini tidak layak untuk mengeluarkan pandangan di dalam hukum-hakam feqh. Golongan ini digelar sebagai golongan muqallid.

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah: atas dasar ketinggian ilmu dan akal yang dimiliki oleh si mujtahid, maka Islam memberikan hak kepadanya untuk menggunakan segala kemahiran ilmu dan pemikiran yang ada untuk mencari hukum-hukum feqh berpandukan dalil-dalil yang diterima oleh syarak.

Golongan muqallid pula boleh dibahagikan kepada dua golongan. Golongan yang pertama ialah golongan ilmuan Islam yang mempelajari selok-belok agama Islam namun tidak memiliki tahap ilmu yang begitu tinggi yang sepatutnya dimiliki oleh seorang yang bergelar mujtahid. Golongan kedua pula ialah golongan Muslim yang tidak mempelajari selok belok agama Islam dengan baik namun berkemungkinan mereka adalah pakar di dalam bidang-bidang yang lain seperti bidang perubatan, sains dan teknologi, pemikiran dan sebagainya.

Tugas Seorang Mujtahid Dan Tugas Seorang Muqallid

Tugas mujtahid

Seorang mujtahid, tugasnya adalah mencari hukum-hukum Allah yang pada hakikatnya telahpun wujud tetapi sebahagiannya tidak dinyatakan oleh Allah dan Rasul secara jelas. Oleh itu golongan mujtahid akan mencari hukum-hukum feqh tersebut berdasarkan kajian mereka terhadap dalil-dalil yang diterima oleh syarak.

Jelasnya tugas seorang mujtahid adalah mencari hukum yang telah ada. Mereka bukan orang yang mencipta hukum. Mereka hanya sebagai pencari hukum. Prof. Doktor Salim Abu `Asi, salah seorang tokoh pengajar di Masjid Al-Azhar Al-Syarif telah membawa satu contoh yang mudah berkaitan dengan tugas mujtahid. Beliau mengumpamakan golongan mujtahid dengan seorang yang mencari barang yang hilang. Orang yang mencari barang yang hilang akan mencari dan menyelongkar setiap sudut yang ada di dalam rumahnya demi semata-mata ingin mencari barang tersebut yang mungkin terselinap di bawah lipatan kain atau sebagainya.

Apabila dia menemui barang tersebut, dia hanyalah orang yang menjumpai barang yang hilang tersebut. Dia bukanlah orang yang mencipta barang tersebut.

Begitu juga dengan golongan mujtahid. Mereka hanyalah sekadar pencari hukum-hukum yang telah sedia ada berdasarkan kepakaran ilmu yang mereka miliki yang membantu mereka dalam memahami nas-nas Al-Quran dan Hadith. Selalunya para mujtahid akan berbeza pandangan di dalam memahami dalil-dalil syarak sehingga menyebabkan perbezaan pandangan mereka di dalam hukum-hakam feqh. Ini hanyalah kerana mereka berbeza pandangan di dalam memahami satu-satu dalil yang kadang-kadang kesemua daripada mereka berhujah dengan dalil yang sama namun mereka berbeza pandangan di dalam memahami dalil tersebut.

Sebagai contoh di dalam masalah hukum apabila seseorang menyembelih seekor binatang betina yang halal dimakan lalu dia mendapati di dalam rahim binatang tersebut ada janin yang telah mati sebaik sahaja induknya mati disembelih. Apakah hukum memakan janin tersebut?

Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukum memakan janin binatang ini. Di dalam mazhab Al-Imam Abu Hanifah, hukum memakan janin tersebut adalah haram kerana dia mati dengan tidak disembelih. Di dalam mazhab Al-Imam Al-Syafi`e pula, seseorang itu boleh memakan daging janin yang mati tersebut kerana ibunya telahpun mati dalam keadaan telah disembelih.

Hujah kedua-dua pihak adalah satu hadith nabi yang sama tetapi setiap pihak berbeza pandangan di dalam memahami makna hadith tersebut.Walaupun kedua-dua pandangan ini berbeza tetapi kedua-duanya diterima oleh Allah Taala berdasarkan satu hadith Rasulullah:

‏عَنْ ‏ ‏عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏
‏ ‏إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ فَأَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ فَأَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ رواه ابن ماجه

yang bermaksud:
Daripada `Amr bin Al-`As sesungguhnya beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “apabila si hakim (mujtahid) mengeluarkan pandangannya di dalam mencari hukum-hakam fiqh berdasarkan ijtihad lantas pandangannya bertepatan dengan hukum yang betul di sisi Allah, maka dia dia akan diberikan dua pahala. Namun apabila dia berijtihad lalu pandangannya tidak bertepatan dengan pandangan yang betul di sisi Allah maka dia akan diberikan satu pahala”.

Tugas muqallid

Adapun tugas seorang muqallid, tugasnya hanyalah semata-mata mengikut hukum-hakam yang telah dinyatakan oleh golongan mujtahid. Ini kerana golongan muqallid sekalipun di kalangan mereka ada yang mempelajari selok belok Islam, namun tugas untuk memutuskan sebarang hukum di dalam apa sahaja masalah sekalipun bukanlah tugas mereka. Tugas mencari gali hukum daripada dalil-dalil fiqh adalah tugas golongan mujtahid sahaja.

Sebab utama mengapa golongan muqallid diharamkan oleh Islam untuk mengeluarkan pandangan yang berkaitan dengan hukum-hakam Islam adalah: hukum-hakam Islam merupakan ciptaan Allah Taala sahaja. Allahlah yang menggubal segala peraturan di dunia ini. Manusia tidak ada hak untuk memutuskan sebarang peraturan. Oleh kerana itu penentuan hukum sama ada halal atau haram hanyalah hak mutlak Allah Taala.

Selepas kewafatan Rasulullah yang ditugaskan oleh Allah untuk menerangkan kepada manusia hukum-hukum Allah, tugas untuk menafsirkan kalam Allah dan kalam Rasul hanya diserahkan kepada para ulama Islam yang sampai ke tahap ijtihad. Golongan mujtahid diawasi dengan satu disiplin ilmu Islam yang bernama ilmu Usul Fiqh. Ilmu ini adalah undang-undang yang perlu diikuti oleh golongan mujtahid di dalam tugasan mereka mencari hukum-hukum Islam.

Seandainya semua orang yang membaca nas Al-Quran dan hadith Rasulullah diberikan hak untuk menafsirkan apa sahaja yang mereka fahami daripada nas tersebut, maka syariat Allah ini akan menjadi porak-peranda kerana bukan semua manusia mempunyai kepakaran di dalam menafsirkan kehendak Allah Taala yang diabadikan di dalam Al-Quran, hadith Rasulullah dan dalil-dalil fiqh yang lain. Ini kerana ijtihad adalah berkait rapat dengan penguasaan seseorang itu di dalam ilmu bahasa Arab memandangkan Al-Quran dan hadith Rasulullah adalah di dalam bahasa Arab, penguasaan di dalam ilmu Usul Fiqh dan kecerdikan yang dianugerahkan oleh Allah kepada seseorang.

Atas sebab inilah, seseorang muqallid hanya diminta oleh Islam untuk mengikut apa sahaja hukum-hukum fiqh yang dinyatakan oleh para mujtahid yang telahpun menghabiskan segala usaha dan daya mereka di dalam memahami kehendak Allah Taala.

Seandainya seseorang individu Muslim itu menyedari hakikat yang dinyatakan sebentar tadi, sudah pasti tidak akan timbul soalan: “Mana satukah yang menjadi pegangan? Kalam Nabi atau kalam ulama?” kerana kalam nabi tidak boleh ditafsirkan sewenang-wenangnya semata-mata berdasarkan pandangan individu tanpa mengira adakah dia seorang mujtahid atau seorang muqallid.

Golongan yang hanya dibenarkan oleh Allah untuk mengeluarkan hukum-hakam yang dicedok daripada dalil-dalil syarak hanyalah golongan mujtahid dalam keadaan bahawa bukan semua ulama adalah golongan mujtahid. Lebih-lebih lagi seseorang mujtahid tidak dibenarkan berijtihad seandainya dalil yang wujud adalah dalil yang terlalu jelas (qat`ie) dari sudut sanad (Qat`iyyat Al-Tsubut) dan kefahaman nas (Qat`iyyat Al-Dilalah).

Konsep Berlapang Dada Di Dalam Masalah Khilaf (hukum-hukum yang berlaku perbezaan pandangan di kalangan para mujtahid)

Di dalam Islam, hukum-hukum feqh terbahagi kepada dua keadaan.

1) Hukum-hukum yang disepakati oleh semua ulama.
2) Hukum-hukum yang berlaku perselisihan di kalangan para ulama.

Apabila seluruh para ulama telah bersetuju terhadap hukum sesuatu masalah, persetujuan mereka ini menurut istilah ilmu Usul Fiqh dinamakan sebagai Ijma’. Apabila ijma’ berlaku, seluruh umat Islam wajib untuk mengikut pandangan tersebut tanpa berbelah bagi. Bahkan ulama yang muncul selepas berlakunya sesuatu hukum yang telah disepakati (iaitu selepas berlakunya ijma’), mereka dilarang untuk mengeluarkan pandangan baru yang bercanggah dengan ijma’ tersebut.

Sebagai contoh, seluruh para ulama Islam bersetuju bahawa solat fardu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak adalah wajib. Apabila telah berlaku ijma’, tidak boleh bagi mana-mana mujtahid untuk mengeluarkan pandangan baru bahawa sebenarnya solat lima waktu tersebut adalah tidak wajib walaupun beliau mendatangkan hujah-hujah daripada Al-Quran dan hadith Rasulullah sendiri. Ini kerana Rasulullah telah menjamin bahawa seluruh para ulama tidak akan bersetuju terhadap satu perkara yang bercanggah dengan syara’.

Walaubagaimanapun, para ulama selalunya berselisih pandangan dalam menetukan kebanyakan hukum-hakam fiqh. Apabila sesuatu hukum itu berlaku perselisihan pandangan di kalangan para mujtahid, golongan muqallid boleh mengikut mana-mana pandangan ulama tersebut. Setiap seorang di kalangan masyarakat Islam perlu berlapang dada dalam berhadapan dengan masalah yang berlaku perselisihan pandangan para ulama.

Ini kerana perkara khilafiah (perkara yang berlaku perselisihan pandangan para mujtahid di dalam menentukan hukum) adalah rahmat Allah yang dianugerahkan kepada umat Islam. Setiap seorang berhak untuk memilih mana-mana pandangan tanpa perlu untuk memaksa orang lain mengikut pandangan yang dipegangnya.

Contohnya dalam masalah pembatalan wuduk apabila bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.

Menurut pandangan Al-Imam Al-Syafie, apabila kulit seseorang lelaki bersentuhan dengan kulit seseorang wanita yang bukan mahram si lelaki, wuduk lelaki tersebut adalah batal sama ada dia terangsang syahwatnya atau tidak.

Mazhab Al-Imam Malik pula berpandangan bahawa wuduk lelaki tersebut hanya akan batal seandainya dia teransang syahwatnya. Namun seandainya tidak, wuduknya tidak batal.

Mazhab Abu Hanifah pula mengatakan bahawa wuduk lelaki itu tidak akan terbatal semata-mata atas sebab sentuhan melainkan apabila dia melakukan hubungan jenis dengan wanita tersebut. Apabila hubungan jenis berlaku, wuduk mereka akan terbatal menurut pandangan Al-Imam Abu Hanifah.

Oleh itu, tidak wajar bagi mana-mana individu yang berpegang dengan pandangan Al-Imam Al-Syafi`e memaksa orang lain untuk berpandangan dengan pandangan yang dipegangnya. Sepatutnya dia perlu berlapang dada dan boleh menerima seandainya orang lain berpegang dengan pandangan yang berbeza dengan pandangan yang dipegang olehnya.

Ibnu Raslan di dalam matan Zubadnya menyebut:

وَالشَّافِعِيْ وَمَالِكٌ وَالنُّعْمَانْ وَأَحْمَدُ بْنُ حَنْبَـلٍ وَسُفْيـانْ
وَغَيْرُهُمْ مِنْ سَائِرِ الْأَئِمّـَهْ عَلَى هُدًى وَّالِاخْتِلاَفُ رَحْمَهْ

yang bermaksud:

Dan Al-Syafi`e, Malik dan Nu’man (Abu Hanifah),
Begitu juga dengan Ahmad bin Hanbal dan Sufyan,
Begitu juga dengan seluruh para mujtahid yang lain,
Kesemuanya di atas petunjuk dan perbezaan pandangan itu adalah rahmat.

Konsep berlapang dada ini sangat penting untuk difahami oleh masyarakat. Para ilmuan Islam perlu mengingatkan kepada masyarakat bahawa: masalah-maslah fiqh yang berlaku perbezaan pandangan para mujtahid di dalam menentukan hukum sebenarnya adalah rahmat kepada umat dan bukan sebagai sebab untuk bergaduh dan bersengketa. Perkara khilaf tidak perlu dijadikan isu yang dibesar-besarkan sehingga mengakibatkan perbalahan dan pergaduhan yang hanya berpunca daripada perselisihan para mujtahid dalam menentukan hukum.

Kesilapan Mujtahid Dalam Mengeluarkan Hukum Hanya Akan Diketahui Secara Sebenarnya Di Akhirat Nanti

Para ulama Usul Fiqh telah membincangkan satu persoalan iaitu; apabila berlaku perbezaan para ulama dalam sesuatu hukum, adakah kebenaran itu bersifat banyak ataupun kebenaran itu hanyalah satu sahaja di sisi Allah?

Kebanyakan para ulama Usul Fiqh berpandangan bahawa kebenaran di sisi Allah hanyalah satu sahaja.

Contohnya dalam masalah batal atau tidak wuduk seseorang yang kulitnya bersentuhan dengan kulit wanita yang bukan mahramnya, pandangan yang betul di sisi Allah hanyalah satu sahaja daripada tiga pandangan yang telah dinyatakan sebentar tadi.

Kadang-kadang berlaku salah faham di kalangan masyarakat dalam mencari pandangan yang betul tersebut. Segelintir individu berpandangan bahawa apabila sesuatu dalil sama ada daripada Al-Quran atau hadith Rasulullah secara zahirnya menyokong satu-satu pandangan atau zahir nas Al-Quran atau hadith bercanggah dengan satu-satu pandangan, maka seseorang muslim itu wajib untuk memakai pandangan yang bertepatan secara zahirnya dengan Al-Quran dan hadith Rasulullah dan wajib bagi setiap umat Islam untuk menolak mana-mana pandangan yang seakan-akan bercanggah dengan dalil.

Untuk menjelaskan perkara ini, pembaca perlu untuk meneliti adakah pandangan fiqh itu merupakan satu-satunya pandangan yang dipegang oleh seluruh ulama Islam tanpa berkecuali (berlaku ijma’) ataupun para mujtahid berbeza pandangan dalam menentukan hukum.

Seandainya hukum fiqh tersebut adalah pandangan seluruh para ulama, maka pandangan yang bercanggah dengan pandangan itu wajib ditolak sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini.

Namun seandainya para ulama telahpun berbeza pandangan dalam menentukan hukum, maka sekalipun zahir nas Al-Quran atau hadith Rasulullah bercanggah dengan salah satu pandangan, kita tidak boleh untuk menghalang mana-mana individu untuk memegang pandangan tersebut. Ini kerana kebenaran yang satu di dalam hukum-hukum yang berbeza dari sudut pandangan mujtahid hanyalah akan diketahui di akhirat nanti.

Oleh yang demikian, apabila berlaku pandangan hukum yang pelbagai yang diutarakan oleh para fuqaha, sekalipun pandangan fuqaha yang kita pegang itu adalah salah di sisi Allah, kita tetap tidak berdosa kerana:

Allah tidak meminta golongan muqallid untuk mencari pandangan yang betul di sisi Allah. Allah hanya meminta mereka untuk mengikut pandangan para mujtahid. Apabila mereka telah mengikut salah satu pandangan para fuqaha yang berlaku perbezaan pandangan, muqallid telahpun melaksanakan perintah Allah iaitu; memegang pandangan para mujtahid.

Golongan fuqaha diminta oleh Allah untuk mencari kebenaran di dalam hukum feqh berdasarkan apa yang dilihat dan diteliti oleh akal pemikiran mereka berdasarkan ijtihad masing-masing. Allah tidak meminta golongan fuqaha untuk memastikan bahawa pandangan yang dipegang oleh mereka adalah mesti pandangan yang “betul” di sisi Allah. Seandainya mereka diminta untuk memastikan bahawa pandangan mereka adalah betul-betul pandangan yang “betul” di sisi Allah, ia akan menyebabkan mereka tidak akan mampu untuk menunaikan perintah tersebut kerana Allah dan Rasul tidak menyediakan dalam kebanyakan masalah-masalah fiqh dalil-dalil yang begitu jelas yang akan menyatukan seluruh pandangan para fuqaha dari sudut hukum.

Al-Imam Al-Zarkasyi menyatakan di dalam kitab Usul Fiqhnya yang berjudul Al-Bahru Al-Muhit (الْبَحْرُ الْمُحِيْط):

وَالصَّحِيحُ مِنْ مَذَاهِبِ أَصْحَابِنَا هُوَ الْأَوَّلُ : أَنَّ الْحَقَّ فِي وَاحِدٍ ، وَمَا سِوَاهُ بَاطِلٌ ، وَأَنَّ الْإِثْمَ مَرْفُوعٌ عَنْ الْمُخْطِئِ
yang bermaksud:
Dan pandangan yang betul di kalangan pandangan para ulama kami (ulama dalam mazhab Al-Imam Al-Syafi`e) adalah pandangan yang pertama iaitu pandangan yang mengatakan bahawa: Pandangan yang betul di dalam percanggahan para mujtahid dari segi hukum hanyalah satu sahaja dan pandangan-pandangan yang selain daripada pandangan yang satu ini adalah salah. Namun, dosa kerana salah dalam mencari kebenaran tersebut adalah dianggkat daripada mujtahid yang tersalah dalam ijtihadnya (mujtahid yang tersalah dalam mencari kebenaran tersebut diampunkan oleh Allah).

Apabila kebanyakan dalil-dalil syara’ adalah bersifat umum, samar dan tidak terlampau jelas (Zonniyyat al-Dilalah), ini menunjukkan bahawa Allah Ta`ala sengaja untuk menjadikan dalil-dalil tersebut bersifat sedemikian semata-mata untuk mewujudkan perbezaan pandangan para ulama di dalam memahami dalil-dalil tersebut yang akan menatijahkan perbezaan pandangan mereka dari sudut hukum-hakam fiqh sekalipun pandangan yang benar di sisi Allah hanyalah satu sahaja dari pandangan-pandangan yang pelbagai tersebut.

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, perbezaan pandangan para ulama di dalam perbahasan fiqh adalah rahmat kepada umat Islam kerana mereka boleh beramal dengan mana-mana pandangan yang bersesuaian dengan suasana dan keadaan hidup masing-masing.

Al-Imam Al-Zarkasyi turut menyebut di dalam kitab karangannya tersebut:

وَقَالَ ابْنُ الصَّبَّاغِ فِي " الْعُدَّةِ " : كَانَ أَبُو إِسْحَاقَ الْمَرْوَزِيِّ وَأَبُو عَلِيٍّ الطَّبَرِيُّ يَقُولَانِ : إنَّ مَذْهَبَ الشَّافِعِيِّ وَأَصْحَابِهِ أَنَّ الْحَقَّ فِي وَاحِدٍ ، إلَّا أَنَّ الْمُجْتَهِدَ لَا يَعْلَمُ أَنَّهُ مُصِيبٌ ، وَإِنَّمَا يَظُنُّ ذَلِكَ
yang bermaksud:
Ibnu Al-Sobbagh berkata di dalam kitab “Al-`Uddah”:
“Abu Ishaq Al-Marwazi dan Abu `Ali Al-Tobari menyatakan: “Sesungguhnya Mazhab Al-Imam Al-Syafi`e dan mazhab para pengikutnya adalah: Kebenaran hanya berada di dalam satu pandangan sahaja. Cuma seseorang mujtahid itu tidak tahu secara yakin bahawa pandangannya adalah merupakan pandangan yang betul tersebut. Dia hanya menyangka semata-mata bahawa pandangannya adalah pandangan yang betul.





Contoh-Contoh Amalan Yang Dianggap Haram Dan Bid`Ah Yang Bercanggah Dengan Nas Sedangkan Pada Hakikatnya Ia Adalah Sekadar Masalah Feqh Yang Berlaku Perbezaan Pandangan Di Kalangan Ulama Dalam Memahami Nas.

Saya hanya akan memilih dua contoh amalan yang dikatakan salah dan tidak dibuat oleh Rasulullah sedangkan para ulama fiqh silam telah membahaskan hukum amalan tersebut secara panjang lebar di dalam kitab-kitab mereka.

3. Ketika bertakbir nabi tidak mengangkat tangannya hingga ke paras telinga, cuma ke paras bahu.

Di dalam masalah ini, para ulama Islam telah berbeza pandangan disebabkan mereka berbeza pendapat dalam meleraikan beberapa hadith Rasulullah yang seakan-akan bercanggah antara satu sama lain.

Pandangan yang kuat di dalam mazhab Al-Imam Al-Syafi`e ialah mengangkat tangan dengan menjadikan kedua tapak tangan separas bahu, kedua ibu jari tangan separas dua cuping telinga dan hujung jari separas hujung telinga bahagian atas. Al-Imam Malik turut berpandangan dengan pandangan Imam Al-Syafi`e.
Al-Imam Abu Hanifah berpandangan; kedua tapak tangan adalah separas telinga.
Imam Ahmad berpandangan; seseorang itu boleh memilih sama ada mengikut pandangan Al-Imam Al-Syafi`e atau pandangan Al-Imam Abu Hanifah.

Perbezaan ini hanya kerana beberapa hadith yang pada zahirnya bercanggah namun sebenarnya ia tidak bercanggah. Antara hadith tersebut ialah:

‏عَنْ ‏ ‏سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِيهِ ‏
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏كَانَ يَرْفَعُ يَدَيْهِ ‏ ‏ حَذْوَ ‏ ‏ مَنْكِبَيْهِ ‏ ‏إِذَا افْتَتَحَ الصَّلَاةَ. رواه الإمام البخاري.

yang bermaksud:
Daripada Salim bin Abdillah daripada ayahnya bahawa sesungguhnya Rasulullah mengangkat kedua tangannya separas bahu apabila baginda ingin memulakan salat. Riwayat Al-Imam Al-Bukhari

‏عَنْ ‏ ‏مَالِكِ بْنِ الْحُوَيْرِثِ ‏
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏كَانَ إِذَا كَبَّرَ رَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى يُحَاذِيَ بِهِمَا أُذُنَيْهِ رواه الإمام مسلم

yang bermaksud:
Daripada Malik bin Al-Huwairith sesungguhnya Rasulullah apabila melakukan Takbiratul Ihram, baginda akan mengangkat tangannya sehingga setentang dengan kedua telinga baginda. Riwayat Al-Imam Muslim.

Kedua-dua hadith sahih ini seakan-akan bercanggah antara satu sama lain namun fuqaha dalam Mazhab Al-Syafi`e mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan ”mengangkat kedua tangan hingga ke paras bahu” ialah menjadikan kedua tapak tangan setentang dengan bahu manakala maksud ”mengangkat tangan hingga ke paras telinga” ialah menjadikan hujung jari-jari tangan adalah setentang dengan telinga.

Bukankah ini satu perbahasan yang terlalu dalam untuk diperbincangkan? Bagaimana ada sesetengah individu yang terus mengatakan bahawa ketika bertakbir, nabi tidak mengangkat tangannya hingga ke paras telinga hanya semata-mata kerana zahir hadith yang pertama sedangkan hadith yang kedua turut merupakan hadith sahih? Adakah kita hanya ingin berpegang dengan hadith yang pertama dan menolak terus hadith yang kedua?

Seandainya setiap individu Muslim mula meragui kehebatan para fuqaha terdahulu di dalam mencarigali hukum daripada Al-Quran dan hadith Rasulullah dengan mula mengatakan bahawa pandangan fuqaha tertentu bercanggah dengan hadith kononnya, ini bemakna kita terpaksa membuka kembali semua hadith-hadith yang dipegang oleh para fuqaha yang kononnya pandangan mereka bercanggah dengan sunnah Rasulullah. Kalau itu yang diinginkan, ini bermakna kita terpaksa menghabiskan masa untuk menyelesaikan perbahasan ilmu yang telah lama selesai dan kita meninggalkan kewajipan kita sebagai seorang muslim dalam memahkotakan kembali Islam sebagai kuasa tertinggi negara yang sampai sekarang masih belum selesai.

4. Nabi tidak menyebut ayat ”Bismillah” secara zahir sewaktu membaca surah Al-Fatihah di dalam solat.

Menurut pandangan seluruh fuqaha Mazhab Al-Syafi`e, ”Bismillah” adalah salah satu ayat surah Al-Fatihah bahkan sesiapa yang tidak membaca Bismillah ketika membaca surah Al-Fatihah di dalam solat, maka solatnya adalah tidak sah. Ini berdasarkan hadith sahih yang diiwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang berbunyi:

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:
أَنَّ النَّبِيَّ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَرَأَ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ فَعَدَّهَّا آيَةً
yang bemaksud:

daripada Ummi Salamah sesungguhnya Nabi s.a.w membaca “Bismillahirrahmanirrahim” dan baginda menjadikan Bismillah itu ayat (daripada surah Al-Fatihah)

Dari sudut dakwaan bahawa Rasulullah tidak menyebut “Bismillah” secara zahir dalam solat-solat jahriyyah (solat Maghrib, Isyak dan Subuh), ia hanyalah salah satu pandangan para fuqaha Islam. Ini kerana ada hadith-hadith yang sahih yang menggambarkan seakan-akan Rasulullah tidak menzahirkan “Bismillah” di dalam solat. Walau bagaimanapun, ada juga hadith-hadith sohih yang lain yang menjelaskan bahawa Rasulullah menzahirkan ”Bismillah”.

Seperti mana yang telah diterangkan sebelum ini, hadith-hadith yang seakan-akan bercanggah pada zahirnya adalah tidak bercanggah sama sekali. Tugas para fuqaha adalah mencari jalan untuk menautkan kembali hadith-hadith yang seakan-akan bercanggah ini berdasarkan ijtihad mereka yang kebiasaannya akan menyebabkan berlakulah perbezaan pandangan dalam menetapkan hukum feqh.

Saya akan membawakan beberapa contoh hadith-hadith tersebut sebagai satu bukti kepada sidang pembaca bahawa kita sebenarnya terlalu kerdil jika ingin dibandingkan dengan para ulama silam yang mewakafkan diri mereka hanya untuk Islam dan ilmu-ilmu Islam.


Contoh-contoh hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah tidak menzahirkan bacaan ”Bismillah” di dalam solat:

· عَنْ ‏ ‏أَنَسٍ ‏ ‏قَالَ ‏
صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏وَأَبِي بَكْرٍ ‏ ‏وَعُمَرَ ‏ ‏وَعُثْمَانَ ‏ ‏فَلَمْ أَسْمَعْ أَحَدًا مِنْهُمْ يَقْرَأُ ‏ ‏ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ رواه الإمام مسلم

yang bermaksud:
Daripada Anas beliau berkata: ”Aku bersolat bersama Rasulullah s.a.w, Abu Bakar, Omar dan Othman namun aku tidak pernah mendengar seorangpun di kalangan mereka yang membaca Bismillahirrahmanirrahim”. Hadith riwayat Al-Imam Muslim.

· ‏عَنْ ‏ ‏عَائِشَةَ ‏ ‏قَالَتْ ‏
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏ يَفْتَتِحُ الصَّلَاةَ بِالتَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةَ بِـ : الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ رواه الترمذي‏
yang bermaksud:
Daripada `Aisyah beliau berkata: ”Rasulullah s.a.w membuka solat baginda dengan takbir dan baginda membuka bacaan dengan membaca:
(الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ).

Hadith ini diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Tarmizi

Contoh-contoh hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah menzahirkan bacaan ”Bismillah” di dalam solat:

· ‏عَنْ ‏ ‏قَتَادَةَ ‏ ‏قَالَ سُئِلَ ‏ ‏ أَنَسٌ ‏
كَيْفَ كَانَتْ قِرَاءَةُ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالَ ‏ ‏كَانَتْ مَدًّا ثُمَّ قَرَأَ ‏ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ يَمُدُّ ‏ ‏بِبِسْمِ اللَّهِ وَيَمُدُّ بِالرَّحْمَنِ وَيَمُدُّ بِالرَّحِيمِ رواه الإمام البخاري
yang bermaksud:
daripada Qatadah, beliau berkata: “Saidina Anas ditanya: bagaimana bacaan Rasulullah s.a.w.? Lantas Saidina Anas berkata: Bacaan Rasulullah adalah secara mad (mana-mana huruf yang perlu dibaca panjang maka Nabi akan membaca dengan panjang) kemudian Saidina Anas pun membaca Bismillahirrahmanirrahim, beliau memanjangkan Bismillah (lafaz lah dalam kalimah Bismillah dibaca secara dua harakat), beliau memanjangkan Arrahman dan memanjang Arrahim. Riwayat Al-Imam Al-Bukhari.

· ‏عَنْ ‏ ‏سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِلَالٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏نُعَيْمٍ الْمُجْمِرِ ‏ ‏قَالَ ‏
صَلَّيْتُ وَرَاءَ ‏ ‏ أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏فَقَرَأَ ‏ ‏بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ‏ ‏ثُمَّ قَرَأَ ‏ ‏بِأُمِّ الْقُرْآنِ ‏ ‏حَتَّى إِذَا بَلَغَ : غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ فَقَالَ آمِينَ فَقَالَ النَّاسُ آمِينَ وَيَقُولُ كُلَّمَا سَجَدَ اللَّهُ أَكْبَرُ وَإِذَا قَامَ مِنْ الْجُلُوسِ فِي ‏ ‏الِاثْنَتَيْنِ قَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ وَإِذَا سَلَّمَ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنِّي لَأَشْبَهُكُمْ صَلَاةً بِرَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ‏ رواه النَّساءي
yang bermaksud:
Daripada Sa`id bin Abi Hilal daripada Nu`aim Al-Mujmir beliau berkata: ”Aku bersembahyang di belakang Saidina Abu Hurairah (Saidina Abu Hurairah menjadi Imam) lalu beliau membaca Bismillahirrahmanirrahim kemudian beliau membaca Umm Al-Quran (surah Al-Fatihah) sehingga sampai pada bacaan:
(غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ) lalu beliau berkata: “Amin” lantas orang lain (makmum) turut berkata “Amin”. Setiap kali Saidina Abu Hurairah sujud, beliau akan berkata “Allahu Akbar” dan setiap kali beliau bangkit daripada duduk dalam rakaat kedua, beliau berkata “Allahu Akbar”. Apabila beliau telah memberi salam, beliau berkata “Demi tuhan yang diriku di dalam genggamannya, sesungguhnya aku adalah orang yang paling sama bentuk solatnya dengan solat Rasulullah berbanding dengan kamu. Hadith ini diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Nasa ie.


Al-Imam Al-Nawawi menukilkan di dalam kitabnya, Al-Majmu’ ucapan yang dinyatakan oleh Ibnu Khuzaimah yang berbunyi:

قَالَ ابْنُ خُزَيْمَةَ فِي مُصَنَّفِهِ : فَأَمَّا الْجَهْرُ بِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ فِي الصَّلَاةِ فَقَدْ صَحَّ وَثَبَتَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِإِسْنَادٍ ثَابِتٍ مُتَّصِلٍ لَا شَكَّ وَلَا ارْتِيَابَ عِنْدَ أَهْلِ الْمَعْرِفَةِ بِالْأَخْبَارِ فِي صِحَّةِ سَنَدِهِ وَاتِّصَالِهِ


Kata Ibnu Khuzaimah di dalam karangannya:

”Adapun menzahirkan (membaca secara kuat) Bismillahirrahmanirrahim di dalam solat, maka sesungguhnya hadith-hadith yang menyatakan perkara tersebut telah sahih dan sabit daripada Nabi dengan sanad yang bersambung (muttasil) dan tidak diragui lagi di kalangan ahli ilmuan bahawa hadith-hadith yang menyokong penzahirkan Bismillah adalah hadith-hadith yang sanadnya adalah sahih dan bersambung.

· عَنِ ابْنِ خَدِيْجٍ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِيْ مُلَيْكَة عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهَا قَالَتْ:
كَانَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْطَعُ قِرَاءَتَهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ رّبِّ الْعَالَمِيْنَ، الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ، ماَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ رواه الحاكم

Daripada Ibnu Khudaij daripada Abdullah bin Abu Mulaikah daripada Ummu Salamah Radhiallhu`anha beliau berkata:

“Rasulullah s.a.w memotong bacaan baginda (membaca secara satu-satu dan bukan menyambung kesemua bacaannya sekaligus) dengan membaca

(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ رّبِّ الْعَالَمِيْنَ، الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ، ماَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ)”
Hadith ini diriwayatkan oleh Al-Hakim.


· عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُمَا قَال: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْهَرُ بِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ رواه الْحَاكِمُ

yang bermaksud:
Daripada Ibnu `Abbas radhiallahu`anhuma beliau berkata: “Nabi s.a.w membaca secara kuat Bismillahirrahmanirrahim”.



Oleh kerana seakan-akan ada percanggahan antara hadith-hadith yang sahih ini, berlakulah perbezaan pandangan para ulama di dalam menyatukan hadith-hadith ini.

Dalam Mazhab Al-Imam Al-Syafi`e, fuqaha mazhab ini berpandangan bahawa sunat dizahirkan Bismillah semasa membaca Al-Fatihah di dalam solat kerana Rasulullah sendiri yang membacanya secara terang.

Mereka cuba menyatukan hadith-hadith yang menunjukkan bahawa Rasul tidak menzahirkan Bismillah di dalam solat dengan hadith-hadith yang menyatakan bahawa Bismillah dibaca secara kuat dan jelas dengan beberapa jawapan.

Antaranya:

1) Maksud hadith Saidatina `Aisyah bahawa Rasulullah membuka bacaannya di dalam solat dengan (الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ) ialah:

Rasulullah membuka bacaan Al-Quran di dalam solat dengan membaca surah: (الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ) iaitu surah Al-Fatihah. Ini tidak menafikan bahawa Rasulullah turut membaca Bismillah di dalam solat kerana Bismillah sebagaimana yang dipegang oleh fuqaha mazhab Al-Imam Al-Syafi`e adalah salah satu ayat di dalam surah Al-Fatihah.

2) Hadith Saidina Anas yang menunjukkan bahawa beliau tidak pernah mendengar Rasulullah, Saidina Abu Bakar, Umar dan Othman membaca Bismillah semasa membaca Al-Fatihah di dalam solat adalah bercanggah dengan hadith-hadith sahih yang menunjukkan bahawa Rasulullah pernah membaca Bismillah secara jelas dan bukan secara bersuara perlahan. Bahkan Saidina Anas sendiri pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah membaca Bismillah di dalam solat.

Antara jawapan yang diberikan oleh sebahagian para mujtahid ialah: hadith yang menunjukkan Rasulullah tidak membaca Bismillah di dalam solat; ingin menjelaskan bahawa hukum membaca Bismillah secara kuat semasa membaca surah Al-Fatihah tidaklah wajib namun yang paling baik adalah dengan membaca secara kuat berdasarkan hadith-hadith yang menunjukkan Rasulullah pernah membaca Bismillah secara kuat. Ini dikuatkan lagi dengan hujah: Bismillah adalah sebahagian daripada ayat surah Al-Fatihah. Oleh itu sebagaimana ayat-ayat surah Al-Fatihah yang lain dibaca secara lantang dan didengari ketika solat Maghrib, Isyak dan Subuh, maka begitu juga keadaannya bacaan Bismillah yang merupakan salah satu ayat surah itu.


Penutup

Setelah pembaca sekalian meneliti perbincangan yang berkaitan dengan isu Bid`ah ini, Saya ingin membuat beberapa kesimpulan yang perlu difahami secara baik oleh masyarakat muslim:

Apabila sesuatu perbuatan tidak dibuat oleh Rasulullah semasa hayat baginda, ia tidak menunjukkan bahawa: pebuatan tersebut seandainya dibuat oleh generasi selepas zaman Rasulullah, ia adalah bid`ah dan haram. Sepatutnya perkara tersebut pelu diteliti oleh ulama Islam adakah ia mengandungi unsur-unsur yang diharamkan oleh Islam atau tidak. Seandainya ada unsur-unsur yang diharamkan maka pebuatan baru itu adalah haram. Seandainya tidak, maka hukumnya adalah dibolehkan bahkan berkemungkinan perbuatan tersebut akan menjadi wajib dan sunat bedasarkan ijtihad para fuqaha.

Apabila para ulama berbeza pandangan dari sudut hukum feqh, maka ia adalah satu rahmat kepada umat Islam dan bukan sebagai alat untuk bergaduh dan berpecah-belah. Tidak salah bagi mana-mana individu untuk bepegang dengan mana-mana pandangan para ulama namun untuk memaksa semua insan lain mengikut pandangannya dengan cara meninggalkan semua pandangan yang tidak selari dengan pandangannya adalah SATU BID`AH yang diharamkan.

Contohnya amalan bertalqin di kubur, bertahlil dan sebagainya adalah masalah-masalah feqh yang telahpun diperbincangkan oleh ulama silam semenjak dahulu lagi. Sesiapa yang tidak ingin melakukannya maka silakan. Itu adalah hak peribadinya. Akan tetapi dia tidak boleh untuk menghalang orang lain daripada melakukannya kerana masalah-masalah ini adalah masalah-masalah fiqh yang berlaku di dalamnya perbezaan pandangan golongan mujtahid.

Apabila seseorang itu ingin mempelajari hukum-hakam, dia perlu merujuk kitab-kitab feqh dan bukan kitab hadith Rasulullah s.a.w.. Ini kerana para ulama feqh telahpun mengkaji nas Al-Quran, hadith Rasulullah dan dalil-dalil yang lain sebelum mereka mengeluarkan hukum-hakam yang diperah daripada dalil-dalil tersebut. Oleh itu tindakan mana-mana individu yang mendakwa bahawa: “apabila seseorang itu ingin mempelajari hukum-hakam, ia perlu mengikut sunnah Rasulullah dengan cara merujuk terus hadith-hadith Rasulullah”, tindakan ini adalah salah kerana kitab hadith bukanlah kitab untuk mencari hukum bagi pihak muqallid.

Golongan pakar dalam ilmu Islam sahaja (mujtahid) yang berhak untuk mengkaji hadith Rasulullah dan dalil-dalil yang lain kerana selalunya berlaku percanggahan antara satu dalil dengan satu dalil yang lain secara zahirnya yang memerlukan akal dan ilmu-ilmu Islam yang cukup tajam dalam menyelesaikan percanggahan ini.

Tidak perlu bagi mana-mana individu untuk mencari kebenaran yang pada hakikatnya hanyalah satu pandangan sahaja di sisi Allah apabila berlaku perbezaan pandangan fuqaha.

Maksudnya: mana-mana individu yang ingin menghalang orang lain daripada menerima pandangan lain yang bercanggah dengan pandangan yang ia rasakan bahawa itulah satu-satunya pandangan yang betul di sisi Allah, tindakan individu itu adalah salah. Ini kerana apabila sesuatu masalah berlaku di dalamnya perbezaan pandangan di kalangan golongan mujtahidin dalam meletakkan hukum, maka sekalipun kita berpegang dengan pandangan yang salah di sisi Allah, kita tetap tidak akan berdosa. Lagipun kita tidak mampu untuk meyakini seratus peratus bahawa pandangan yang kita pegang adalah pandangan yang betul di sisi Allah!

Apabila kita menemui pandangan seseorang mujtahid itu adalah bersandarkan hadith yang dhaif (lemah), adalah menjadi satu kesalahan untuk kita haramkan manusia seluruhnya bepegang dengan pandangan si mujtahid tadi hanya semata-mata pandangan tersebut bersandarkan hadith dhaif. Kadang-kadang seseorang fuqaha mempamirkan hadith dhaif di dalam kitabnya kepada para pembaca kerana zahir hadith tersebut lebih mudah untuk difahami (Qat`iyyat al-Dilalah) berbanding dengan hadith sahih yang dipegangnya yang maknanya agak samar-samar (Zonniyyat al-Dilalah).

Kadang-kadang para ulama sendiri berbeza pandangan terhadap satu-satu hadith. Kadang-kadang hadith yang sama dihukum oleh sebahagian ulama dengan hadith dhaif sedangkan sebahagian ulama mengatakan bahawa hadith tersebut adalah kuat (sama ada sahih atau hasan). Oleh itu, seseorang muqallid hanyalah diminta untuk mengikut pandangan mana-mana mujtahid tanpa perlu mengambil kira sama ada dalil yang digunakan oleh si mujtahid itu kuat atau lemah.

Saya meminta orang ramai agar tidak terpengaruh dengan fahaman yang cuba untuk membid`ahkan beberapa perkara cabang yang merupakan titik perbezaan pandangan para ulama Islam di dalam menentukan hukum perkara tersebut. Orang ramai tidak perlu untuk membuang masa dengan membuat perbincangan terhadap hukum-hukum feqh yang berlaku perbezaan pandangan di kalangan para ilmuan Islam (masalah khilafiyyah) bahkan sepatutnya kita lebih mengutamakan perbincangan-perbincangan yang lebih utama yang akan membawa ke arah menyelamatkan Malaysia daripada jenayah murtad, maksiat, keruntuhan akhlak di kalangan remaja dan seribu satu masalah yang lain yang ditaja semata-mata untuk menjauhkan masyarakat daripada kembali mendaulatkan agama Allah Taala.

والله أسأل وبِنبيِّه أتَوَسّلَُ
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
والحمد لله رب العالمين